ARTIKEL

Foto EPA merakamkan Lisa daripada kumpulan K-pop BLACKPINK membuat persembahan di Anugerah Akademi ke-97 di Hollywood, California, Amerika Syarikat, pada 2 Mac 2025. (Yonhap)

Lisa BLACKPINK Bakal Bintangi Filem Original Netflix Baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEOUL: Lisa daripada kumpulan wanita K-pop BLACKPINK bakal menerajui menerajui filem original Netflix baharu, menurut platform penstriman global itu pada Jumaat, lapor Agensi Berita Yonhap. 

“Lisa akan membintangi sebuah filem komedi romantik Netflix baharu yang diinspirasikan daripada filem ‘Notting Hill’,” menurut kenyataan ringkas platform itu di X, merujuk kepada filem 1999 yang menampilkan Julia Roberts dan Hugh Grant.

Netflix turut memaklumkan yang filem berkenaan ditulis oleh Katie Silberman, yang pernah menghasilkan skrip Booksmart dan Set It Up. Tajuk filem serta tarikh tayangan masih belum ditentukan.

Lisa memulakan debut sebagai anggota BLACKPINK pada 2016 dan memulakan kerjaya lakonannya pada Februari tahun lalu menerusi penampilan dalam musim ketiga siri HBO yang memenangi anugerah, The White Lotus.

Ketika ini, beliau juga sedang menjalani penggambaran filem aksi original Korea Netflix, “Tygo”, sebuah karya sampingan daripada “Extraction” (2020), bersama Ma Dong-seok, yang juga dikenali sebagai Don Lee, dan Lee Jin-uk.  — BERNAMA-YONHAP

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

BERITA TERBARU

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya