ARTIKEL

LISA Blackpink sudah berkahwin?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HUBUNGAN antara bintang K-Pop terkenal, Lisa dari kumpulan sensasi BLACKPINK, dengan pewaris empayar mewah LVMH, Frédéric Arnault, kembali menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat di seluruh dunia.

Walaupun kedua-duanya tidak pernah mengesahkan hubungan secara rasmi, mereka sering dilihat bersama di pelbagai lokasi eksklusif sepanjang tahun lalu, termasuk restoran mewah, acara fesyen ternama dan percutian mewah yang mencetuskan pelbagai spekulasi.

Namun, perkara yang benarbenar menggegarkan internet baru-baru ini ialah dakwaan berani yang mengatakan bahawa mereka mungkin telah berkahwin secara rahsia! Khabar angin ini mula tercetus selepas satu entri blind item (gosip tanpa nama tetapi penuh petunjuk) muncul di laman hiburan popular Hollywood, Crazy Days & Nights, pada 19 Jun 2025.

Entri itu merujuk kepada seorang ahli kumpulan berkonsep ‘dua warna’ yang telah berkahwin dalam diam.

Tidak lama kemudian, akaun TikTok yang terkenal tampil membongkar maksud di sebalik entri itu yang mendakwa bahawa kumpulan ‘dua warna’ ialah BLACKPINK dan ahli yang dimaksudkan ialah Lisa.

Video TikTok tersebut turut menyertakan ‘bukti-bukti’ yang menunjukkan Lisa dan Frédéric memang menjalin hubungan romantik yang kukuh, malah kemungkinan besar sudah pun bergelar suami isteri!

Di ruangan komen, ramai peminat memberikan sokongan dan meluahkan rasa bangga jika benar Lisa sudah mendirikan rumah tangga.

Walaupun khabar ini semakin tular dan menjadi buah mulut orang ramai, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Lisa mahupun Frédéric setakat ini.

Adakah benar mereka telah berkahwin?

Atau ini sekadar gosip tanpa asas?

Sama-sama kita nantikan sekiranya ada perkembangan lanjut daripada pasangan penuh misteri ini!

BERITA LAIN

NIDJI bawa mesej perpaduan

Kumpulan muzik rock alternatif Indonesia, Nidji, mahu menjadikan pentas muzik sebagai ruang untuk menyebarkan mesej positif bagi meredakan ketegangan dan perselisihan faham antara rakyat Malaysia

BERITA TERBARU

Jalan Balingian-Sungai Anak perlu dinaik taraf

KUCHING: Penyelenggaraan, kerja naik taraf serta penyambungan pembinaan Jalan Persekutuan Balingian–Sungai Anak yang menghubungkan rangkaian Jalan Pan Borneo perlu diberikan perhatian serius, kata ADUN Balingian

Naik Taraf Balingian Sebagai Daerah Penuh

KUCHING: Daerah Kecil Balingian dicadangkan agar dinaik taraf kepada daerah penuh berdasarkan keluasan kawasan, perkembangan penduduk, pertumbuhan ekonomi serta peningkatan keperluan perkhidmatan kerajaan. ADUN Balingian