ARTIKEL

Lo Khere Chiang bertanding semula di Dun Batu Kitang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang mengesahkan akan bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Kitang pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Beliau berkata ia selaras dengan keputusan kepimpinan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), yang diterajui presidennya Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian bahawa semua penyandang kerusi Dun daripada parti itu akan dikekalkan untuk mempertahankan kerusi masing-masing.

“Saya berada di sini sejak lima tahun lalu. Walaupun itu tidak terlalu lama, ini adalah penggal pertama saya di Batu Kitang namun saya mempunyai rekod untuk ditunjukkan dan telah bekerja sejak lima tahun yang lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Penghargaan Premis Makanan Bersih Tahun 2021 di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Padawan (MPP), hari ini.

Tambah Lo, begitu banyak projek yang telah dilaksanakannya untuk rakyat di Batu Kitang iaitu daripada padang bola sepak, gelanggang futsal sehinggalah membaiki rumah, membina dewan dan meletakkan tangki septik bagi yang tidak mampu.

“Saya telah begitu banyak kali turun padang dan tidak bersembunyi mahupun melarikan diri.

“Malah penduduk tempatan termasuk komuniti perniagaan melihat apa yang saya lakukan dan mereka datang memberi banyak bantuan,” katanya.

Justeru, beliau yakin pengundi di Dun Batu Kitang akan terus memberikan mandat kepadanya walaupun masih tidak tahu siapa yang akan menjadi lawannya dalam pilihan raya kali ini.

“Pilihan raya lepas, kita ada pertembungan lima penjuru tetapi pilihan raya ini saya tidak tahu,” katanya.

BERITA LAIN

Bungan Creative Marit pengangkun rebak biak

• TUSUN DUA PENELEBA Bungan Creative ngatur woksyop pemun engkau Ekspo Kereban Muzik Lutong 2026 mandangka baka ni inisiatif komuniti lebuh disukung institusyen seni sereta

RM20 juta ngadu sekula mission

KUCHING: Agih belanja RM30 juta ungkup sekula mission Sarawak taun tu ukai semina ngaduka infrastruktur aja, tang RM10 juta ari agih nya dikena ngangkatka penyulut

BERITA TERBARU