ARTIKEL

Longgokan balak jejaskan penduduk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAKUN: Usaha pembersihan longgokan kayu balak di Sungai Linau, Tasik Balui di sini akan memudahkan akses penduduk setempat dalam aktiviti seharian mereka.

Adun Murum, Kennedy Chukpai Ugon berkata, masalah longgokan kayu balak di sungai itu telah menyukarkan penduduk setempat menjalankan aktiviti seharian mereka khususnya dalam pencarian sumber makanan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Ia menyukarkan penduduk di kawasan ini untuk mencari hasil perikanan dan meneroka tanah mereka di sini. “Kita berharap dengan usaha pembersihan longgokan kayu balak ini, ia akan memudahkan akses laluan penduduk,” katanya menerusi laman Facebooknya baru-baru ini.

Menurut Kennedy, masalah longgokan kayu balak itu telah lama menjadi halangan laluan perahu penduduk di Sungai Linau. Beliau menjelaskan, longgokan kayu balak itu dibersihkan dengan menggunakan jentera dan kemudiannya diangkut ke darat serta dibakar.

“Jika kita hanya membuka jalan tetapi tidak membakar kayu balak itu, ia akan kembali hanyut ke sungai dan terus menyukarkan akses penduduk di sini,” ujarnya.

Sementara itu, salah seorang Ketua Masyarakat Sungai Linau, Katan Lawai berkata, longgokan kayu balak itu merupakan masalah yang telah lama berlaku di Sungai Linau sejak dari dahulu lagi.

“Longgokan kayu balak itu semakin bertambah dan menyukarkan penduduk mencari rezeki untuk keluarga,” katanya.

Pada Isnin lalu, Kennedy bersama-sama Persatuan Penduduk Asal Tasik Balui (BLNA), ketua masyarakat serta wakil Syarikat Wargana Consortium meninjau dan melancarkan kerja pembersihan longgokan kayu balak di sungai tersebut.

BERITA LAIN

Furry Friends Fair pupuk kesedaran kebajikan haiwan

KUCHING: Penganjuran Furry Friends Fair 2026 menjadi platform meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebajikan haiwan, selain memupuk amalan pemilikan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab. Anak Premier Sarawak,

BERITA TERBARU