ARTIKEL

SELESAI UNDIAN… Abdul Rahman (duduk di tengah) bersama wakil pasukan bertanding.

LSRM 2025: 13 pasukan berentap buru gelaran juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Kejohanan berprestij, Liga Setia Raja MUFA 2025 (LSRM 2025) akan membuka tirai pada 23 Ogos ini.

Pengerusi Pertandingan LSRM 2025, Abdul Rahman Haji Saibi, berkata kejohanan yang merupakan aktiviti tahunan pihaknya kali ini menyaksikan 13 pasukan berentap memburu gelaran juara.

“Semalam berlangsung sesi taklimat bersama pengurus pasukan serta cabutan undi.

Sebanyak 13 pasukan mewakili pelbagai kelab akan beradu nasib,” ujar Abdul Rahman kepada Arena Suara Sarawak.

Pasukan yang bertanding kali ini dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan A menyaksikan empat pasukan iaitu Squad Rhinos, Banqku FC, Medic Mukah FC dan Jourdania.

Sementara itu, empat pasukan yang diundi dalam Kumpulan B ialah Crackers, Sesuka FC, TNG Legacy FC dan Press Metal Sarawak.

Manakala lima pasukan iaitu Jepak 67, PP Academy, Auslander FC, Myteam X MSJ dan Tanam FC diundi dalam Kumpulan C.

Abdul Rahman, yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Mukah (MUFA), berkata saingan LSRM 2025 menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM22,000 kepada empat pasukan terbaik.

Juara bakal menerima wang tunai RM10,000 berserta piala pusingan, piala iringan dan pingat.

Naib juara akan membawa pulang RM6,000 selain piala dan pingat.

Tempat ketiga pula menerima RM4,000, piala dan pingat.

“Pasukan yang menduduki tempat keempat akan menerima wang tunai RM2,000,” tegas Abdul Rahman.

Katanya, Stadium Mukah, Padang Mesra MDDM dan Padang KPSU akan menjadi gelanggang rasmi sepanjang kejohanan.

Perlawanan peringkat kumpulan akan berlangsung setiap hujung minggu (Sabtu dan Ahad).

Aksi suku akhir dijadual pada 4 dan 5 Oktober, diikuti separuh akhir pada 11 dan 12 Oktober.

“Penentuan tempat ketiga dan keempat akan berlangsung pada 17 Oktober, manakala aksi final dijadual pada 18 Oktober,” katanya.

Beliau menambah, LSRM 2025 dianjurkan oleh MUFA dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen P213 Mukah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Pengurus klinik ‘jadi bilionair’ selama sejam

KUCHING: Seorang pengurus klinik, Wan Mohd Fairuz Wan Zainal Abidin, 33, terkejut apabila baki akaun banknya tiba-tiba memaparkan lebih RM1 bilion, sekali gus memberinya pengalaman

Pengurusan kewangan Sarawak dipuji

KUCHING: Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Hadapan mencerminkan pengurusan kewangan berhemat Sarawak dalam menjamin kestabilan fiskal negeri serta kepentingan generasi akan datang. Ahli Dewan Undangan