ARTIKEL

Luaskan pasaran usahawan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: Pejabat Pelancongan dan Perdagangan Sarawak, Singapura (Statos) dan Sarawak Product Pavillion di Kuala Lumpur adalah antara usaha Kerajaan Sarawak memasarkan produk tempatan negeri ini.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, kedua-dua pusat tersebut memainkan peranan besar dalam membawa produk Sarawak ke luar negara.

Beliau memberi contoh, Singapura kini mengimport ikan patin dari Batang Ai dan sayur midin dan kedua-duanya mendapat permintaan tinggi.

“Kita wujud Statos di Singapura dan Sarawak Pavillion di Kuala Lumpur dan kedua-dua pusat ini membantu pengusaha untuk mencapai pasaran lebih luas,” katanya.

Beliau berucap sempena Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP) di Kampung Noor Islam, Kuala Lawas.

Kata Awang Tengah, Kerajaan Sarawak juga akan membuka pejabat Statos di Brunei pada masa depan.

Katanya lagi, menerusi Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) kerajaan menambah infrastruktur asas melalui program sosioekonomi.

“Saya berharap melalui kursus dalam AgriCOP ini, para peserta yang didedahkan dengan teknologi baharu ke menguna pakai ilmu yang ada dalam perusahaan yang diceburi.

“Kita mahu usaha pertanian menjadi lebih berkesan dan anda mendapat hasil tinggi berdasarkan panduan teknologi,” katanya.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan itu menambah, kerajaan sentiasa membantu sesiapa sahaja yang berminat dalam dunia perniagaan.

Bantuan dana disalurkan seperti Skim Mikro Kredit dan sebagainya diberikan kepada mereka yang layak dan bantuan tersebut terbuka kepada semua kaum.

“Ketika Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah selama 22 bulan, pentadbiran negara kelam-kabut. Bantuan untuk rakyat yang diterima pada zaman BN banyak dipotong.

“Tindakan yang diambil itu tidak memikirkan kepentingan rakyat. Justeru, saya menyeru semua warga Lawas terus bersatu menyokong kepimpinan sedia ada kerana hanya kita yang bergerak membantu rakyat selama ini,” jelasnya.

Terdahulu, sejumlah RM219,100 insentif diberikan kepada penerima yang terdiri daripada 109 peserta menerima bantuan di bawah Program Fasilitasi Pertanian (AFF).

Sementara itu, lapan penerima insentif di bawah Projek Tanaman Kelapa, enam peserta daripada insentif projek agromakanan serta 77 peserta sebagai penerima di bawah bantuan perikanan darat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Bangunan Saujana dirobohkan beri laluan stesen ART

KUCHING: Bangunan Saujana di Jalan Masjid di sini bakal dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembangunan sistem Transit Aliran Autonomi (ART), sekali gus mengubah landskap kawasan

16 pasukan bertanding, Akademi SJN muncul juara

KUCHING: Akademi SJN dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun (B-12) selepas menewaskan Akademi Nexus 2-1 pada