ARTIKEL

Lupakan raya demi emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DEMI menjayakan misi memburu pingat emas pada penampilan sulungnya di temasya Sukan SEA di Phnom Penh, Kemboja bulan depan, penerjun muda negara dari Sarawak, Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj terpaksa melupakan kemeriahan sambutan Aidilfitri bersama-sama keluarga di Kuching.

Anak kepada bekas penerjun wanita Sarawak Victory Emmy bagaimanapun mengakui perkara itu sudah menjadi lumrah kehidupannya sebagai seorang atlet yang telah biasa berjauhan dari keluarga sejak berusia 14 tahun lagi. 

“Tahun ini saya hanya diberi cuti selama dua hari (22 April dan 23 April).

Jadi saya memilih untuk beraya di bilik di Bukit Jalil bersama-sama rakan atlet yang tidak pulang ke kampung untuk sambutan Aidilfitri. 

“Saya hanya menyambutnya secara sederhana dengan menelefon keluarga tercinta di pagi raya dan membeli makanan di luar untuk makan bersamasama kawan-kawan.

“Namun, saya amat merindui masakan tempoyak oleh ibu dan kari ayam ayah di Sarawak,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam. 

Nur Eilisha Rania turut memaklumkan telah kembali menjalani latihan semalam bersama-sama jurulatih Li Jun Bai untuk memperkemaskan teknik terjunannya bagi memastikannya mampu memberikan saingan sengit padatemasya dwitahunan itu. 

Selain latihan, penerjun berusia 17 tahun itu turut menjadikan nasihat atlet senior sebagai pembakar semangat bagi membolehkannya mengikut jejak langkah mereka mencipta kejayaan di beberapa siri kejohanan peringkat antarabangsa termasuk Sukan Olimpik. 

Beliau yang akan berangkat ke Kemboja pada 5 Mei bersama skuad terjun negara, dijadual menyertai acara terjun 10 meter (m) platform wanita. 

“Atlet senior seperti Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri ada memberikan nasihat supaya saya fokus dalam pertandingan dan jangan terlampau memikirkan tekanan yang ada semasa beraksi di sana (Sukan SEA).

“Insya-Allah kalau ada rezeki saya akan membawa balik pingat emas untuk Malaysia.

Walaupun saya akui ada sedikit tekanan (tiada penyertaan atlet senior), namun saya berharap semua pihak percaya pada (kebolehan) atlet muda,” katanya.

Pada temasya sukan SEA-32 di Kemboja pada 5 hingga 17 Mei ini, membariskan pasukan terjun pelapis untuk memburu kilauan pingat emas. 

Pada edisi di Hanoi, Vietnam, skuad terjun menyapu bersih kesemua lapan pingat emas serta meraih tiga perak dan satu gangsa.- Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC