“Mangsa yang menetap di Kampung Chegar Batang, Hulu Besut di sini didakwa kononnya telah membuat tuntutan insurans palsu dan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.
“Mangsa yang ketakutan itu akur dengan arahan suspek dengan membuka akaun di sebuah cawangan bank di Machang, Kelantan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata mangsa juga memasukkan wang sebanyak dua kali ke dalam akaun bank terbabit secara berperingkat sebelum menyedari dirinya ditipu apabila mendapati baki akaun bank yang baru dibukanya hanya tinggal RM104.55. – BERNAMA



