Pengaruh Putin sebagai Presiden Rusia menandakan era penting dalam sejarah moden negara tersebut.
Walaupun pendekatan dan tindakan beliau sering diperdebat, namun tidak dapat dinafi kan bahawa Putin memainkan peranan penting dalam menentukan arah politik dan ekonomi Rusia.
Baru-baru ini, Putin secara rasmi mengangkat sumpah sebagai ketua negara Rusia untuk penggal kelima yang berlangsung di Kremlin.
Putin menang besar dengan 87 peratus undian dalam Pilihan Raya Presiden yang berlangsung selama tiga hari bermula 15 Mac lalu.
Ia menandakan permulaan penggal selama enam tahun untuk pentadbiran Putin.
FAHAM KEPERLUAN RAKYAT
Lahir dalam keluarga sederhana, Putin dilahirkan pada 7 Oktober 1952 di Leningrad — kini dikenali sebagai Saint Petersburg, Rusia.
Justeru, latar belakangnya yang sederhana itu memudahkan beliau memahami kehendak dan keperluan serta cabaran yang dihadapi rakyat.
Pada masa mudanya, beliau seorang yang bergiat aktif dalam bidang sukan terutamanya judo.
Kebolehan dalam sukan mencerminkan keupayaan fi zikal dan mental yang tinggi.
Beliau tidak hanya mempraktikkan judo sebagai sukan, tetapi memperoleh tahap kecekapan yang tinggi.
Seni bela diri asal Jepun tersebut menekankan penggunaan gerakan dan teknik untuk mengatasi lawan tanpa menggunakan banyak kekuatan.
Putin memulakan latihan judo semasa beliau masih muda dan terus mengasah kemahirannya sepanjang hidup.
GUNA PRINSIP JUDO
Beliau sering menggunakan prinsip judo dalam pemikiran dan tindakan. Beliau menggunakan kekuatan dan kebijaksanaan untuk mengatasi cabaran yang dihadapi.
Perjalanan hidup Putin semasa masih muda menunjukkan kombinasi kecekapan dalam bidang akademik, minat mendalam dalam sukan dan pengalaman awal dalam perkhidmatan risikan.
Setelah menamatkan pengajian pada 1975, Putin menyertai Komitet Gosudarstvennoy Bezopasnosti (KGB) — agensi perisikan utama Rusia. Beliau mula menonjol sebagai pegawai yang cekap dan berdedikasi.
Pengalaman di KGB membuka mata dan mindanya dalam perspektif unik tentang isu keselamatan negara dan geopolitik global serta mengambil peluang bagi memperluas kebolehan diplomatik dan rangkaian perhubungannya.
Kemudian, pada 1991, Putin terus berkhidmat dalam Kerajaan Rusia dengan memegang pelbagai jawatan dalam bidang perisikan dan pentadbiran tempatan.
Kecekapan dan ketokohannya semakin diperhatikan dan pada 1999, Presiden Boris Yeltsin (ketika itu) memilih beliau sebagai Pemangku Perdana Menteri Rusia.
Pada tahun yang sama, Putin dilantik sebagai Pemangku Presiden Rusia apabila Yeltsin meletak jawatan.
Pada 2000, Putin terpilih sebagai Presiden Rusia dalam pilihan raya yang diiktiraf secara meluas.
Bagaimanapun, beliau mewarisi negara yang menghadapi cabaran besar kerana Rusia ketika itu mengalami masalah ekonomi, politik dan keselamatan



