ARTIKEL

Mahu dikurung lagi?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ENAM hari lepas, kita dikejutkan dengan berita yang melaporkan kes COVID-19 di Malaysia kini menunjukkan trend peningkatan pada kadar 10 peratus sejak November lalu.

Memetik berita nasional, merujuk data rasmi laman sesawang KKMNOW, berdasarkan kemas kini terkini pada 25 November lepas, kes harian COVID-19 yang dilaporkan di negara ini berjumlah 617 kes — menunjukan trend peningkatan dengan 10 peratus kadar positif jangkitan.

Peningkatan sebanyak 3,626 kes itu dicatatkan dalam tempoh seminggu, dari 19 sehingga 25 November, iaitu 57.3 peratus berbanding 2,305 kes dilaporkan setakat 18 November.

Seramai 317 individu dimasukkan ke hospital manakala enam individu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat lagi memerlukan bantuan pernafasan.

Kadar kapasiti semasa hospital yang menempatkan pesakit COVID-19 setakat November berjumlah 71.9 peratus. Manakala kapasiti wad ICU pula berada pada paras 70.7 peratus dan 35.5 peratus memerlukan bantuan pernafasan. Bagaimanapun, tiada kes kematian akibat COVID-19 direkodkan sehingga November lalu.

Ini sedikit melegakan berbanding dahulu — jumlah kes berjangkit turut disertakan dengan jumlah kematian secara harian. Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, majoriti kes iaitu 48 peratus melibatkan mereka yang berumur antara 20 hingga 40 tahun dan lebih 98 peratus hanya bergejala ringan.

Katanya, “Terdapat lapan kluster Covid-19 yang masih aktif dilaporkan dengan 121 kes terlibat dalam kluster berkenaan dengan majoriti yang dicatatkan ialah kluster pendidikan.”

Perkongsian tentang jumlah COVID-19 itu sedikit mengganggu 33 juta jiwa Malaysia. Ada yang mula gusar dengan situasi tersebut, dan ada pula seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Hidup masih seperti biasa.

Tidak perlu bimbang?

Ketika duduk menunggu anak pulang dari sekolah, semasa berbual-bual kosong, saya memaklumkan kepada rakan iaitu seorang bapa yang turut menunggu anaknya tentang situasi COVID-19 berdasarkan laporan KKMNOW.

“Nampaknya, kes COVID-19 mula meningkat, jadi terpaksa kita mula berjaga-jaga…” belum habis ayat saya, terus dipotong rakan tadi. “Ahhhh… jangan dipercaya benda ya… sik benar ya… sengaja untuk takut-takutkan kita!”

Saya agak terkejut dengan apa-apa yang diperkatakannya. Seolaholah langsung tiada kebimbangan baginya, sedangkan dia mempunyai anak kecil yang juga masih bersekolah.

Nasib baik tengah hari itu anak saya awal keluar dari kelas. Jadi, mudah untuk saya minta izin untuk bergerak, pada masa yang sama dapat mengelak mendengar rakan tadi yang bercakap dia hanya berserah kepada Tuhan tentang kesihatannya.

“Mun dah nak mati, mati juak! Ibok kita gago gilak benda ya! Lepas tok sik ku maok vaksin agik!”

Ayat akhir dalam perbualan kami yang meninggalkan satu persoalan dalam diri. Memang kita perlu berserah kepada Tuhan tetapi kita juga perlu berusaha dahulu sehingga kita tidak berdaya lagi.

Firman Allah SWT dalam surah al-Insyirah ayat lima hingga enam yang bermaksud: “Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”

Oleh itu, kita harus berusaha mengelak dijangkiti terlebih dahulu. Ambil ubat jika dijangkiti dan ambil vaksin untuk elak diri kita dijangkiti virus bahaya ini. Saya faham maksudnya.

Dia bukannya seorang yang antivaksin sebab sebelum ini dia juga pernah menerima suntikan vaksin COVID-19. Cuma dia mungkin berasakan vaksin tidak diperlukan lagi sebab virus ini tetap kekal dalam hidup seharian manusia. Apa-apa pun, dia harus berusaha memastikan virus ini tidak menjangkiti ahli keluarganya.

Walaupun dia mungkin ‘kebal’, dia wajib tahu yang anak-anaknya mungkin boleh dijangkiti pada bilabila masa. Sebab, setiap hari ada jangkitan COVID-19, cuma mungkin tidak dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia melalui aplikasi MySejahtera.

Tidak mustahil seseorang yang dijangkiti demam hari ini, mungkin dia sebenarnya dijangkiti virus COVID-19. Ini kerana tidak semua orang yang demam akan membuat ujian kendiri virus COVID-19.

Cuma demam biasa! 

Persiapan

Mengetahui ada trend peningkatan kes COVID-19, bermakna kita harus membuat persiapan jika situasi boleh menjadi lebih buruk.

Persiapan awal daripada kita sendiri, kemudian dibawa kepada keluarga dan kemudian masyarakat.

Pertama sekali, jika demam kita wajib membuat ujian kendiri bagi memastikan kita bebas virus ini. Keputsuan mesti negatif.

Kita harus mengenal pasti gejala-gejala ringan, dan dapatkan nasihat doktor jika berterusan.

Kedua, kita boleh mula memakai pelitup separuh muka. Jika ada gejala batuk atau selesema ringan pun, kita perlu pakai pelitup separuh muka di mana-mana kita berada sama ada di pejabat, pasar raya, sekolah ataupun kawasan rekreasi.

Seperti nasihat pakar perubatan kesihatan awam, Dr Helmy Hazmi, penggunaan pelitup separuh muka menjadi alat yang berkesan semasa kemuncak pandemik COVID-19 dan harus terus dipatuhi dalam keadaan sekarang.

“Amalan ini, bersama strategi lain seperti mencuci tangan, penjarakan fizikal dan mengekalkan gaya hidup sihat, menyediakan pendekatan yang pelbagai untuk mencegah penularan COVID-19 kepada orang lain.”

Ini penting sebab imuniti yang diperoleh daripada vaksin semakin berkurangan kerana selepas sudah lebih setahun dos vaksin terakhir. Kita sebenarnya tidak perlu lagi diajar tentang perkara yang perlu kita lakukan, sebab ia sudah kita amalkan sejak kes pertama COVID-19 dicatat di negara kita.

Cuma kita harus berusaha agar virus ini tidak merebak dan menjangkiti orang lain.

Kawal situasi kita terlebih dahulu dengan mengamalkan penjarakan fizikal satu meter ataupun lebih jika bergejala.

Jangan pandang ringan virus ini kerana ia pernah menyebabkan dunia lumpuh. Sekolah, pejabat ditutup. Manusia tidak boleh bergerak bebas.

Hanya duduk di rumah sehingga ada yang hilang kerja, malah ada yang hampir tiada makanan untuk dihidangkan kepada anak-anak.

Bermakna, kita perlu memastikan diri sentiasa bersih dan bebas daripada virus ini bagi memastikan tiada penularan baharu yang boleh menyebabkan banyak kematian.

Jika tidak mahu divaksin lagi, maka pastikan virus ini tidak menular dalam masyarakat. Jika tidak, PKP mungkin dilaksanakan semula.

Bersedia dikurung lagi?

BERITA LAIN

Jaga data privasi kita

MINGGU lepas, dan sebenarnya banyak minggu, telefon pintar saya memaparkan iklan pelaburan hanya dengan jumlah kecil, tetapi memberikan pulangan lumayan. Bayangkan pelaburan hanya RM500, kita

ART pelaburan jangka panjang

BAGI penduduk bandar raya Kuching dan kawasan sekitarnya, perjalanan ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah, menghadiri urusan pejabat atau pulang ke rumah yang memakan masa

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah