ARTIKEL

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

Majlis Anugerah Industri Cemerlang Premier Sarawak (PSIEA) 2023 berlangsung malam ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Majlis makan malam dan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang Anugerah Industri Cemerlang Premier Sarawak (PSIEA) 2023 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam ini.

Majlis yang disempurnakan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg itu menyaksikan penganjuran PSIEA kali keempat ini telah disertai oleh 30 organisasi dari seluruh Sarawak.

Majlis ini merupakan hasil kerjasama strategik oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sarawak bersama Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF).

Anugerah ini diadakan setiap dua tahun sekali bermula tahun 2017 dengan menyaksikan organisasi menyertai PSIEA berpeluang menyertai Anugerah Kecemerlangan Industri (AK) yang ditadbir oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Ketua Pengarah MPC, Zahid Ismail berkata, PSIEA berjaya mengenal pasti amalan terbaik organisasi-organisasi yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi Sarawak.

“Organisasi yang cemerlang ini diharap akan menjadi model rujukan dan penyuntik semangat serta persaingan sihat dalam kalangan industri di Sarawak khasnya,” katanya.

Tambahnya, sambutan mengalakkan daripada peserta menunjukkan semangat dan iltizam organisasi-organisasi di Sarawak untuk menuju kejayaan dan kecemerlangan. 

Inisiatif ‘Business Excellence’ merupakan pendekatan praktikal dan holistik untuk mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pengurusan organisasi yang berpaksikan kepada peningkatan produktiviti organisasi. 

BE dijangka mampu membantu organisasi tanpa mengira saiz bagi menilai, mengenal pasti jurang dan tindakan yang perlu diambil untuk peningkatan prestasi organisasi keseluruhannya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan