ARTIKEL

Majlis perpisahan Graduan Komunikasi Strategik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SETIAP perjumpaan pasti ada perpisahan, namun ia bukanlah pengakhiran.

Pelajar Program Komunikasi Strategik 2019/ 2020 bergelar graduan setelah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Strategik dengan Kepujian di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), baru-baru ini. 

Tempoh empat tahun sepanjang kuliah begitu singkat dengan berkongsi suka, duka dan pengalaman.

Segala titik peluh dan usaha pelajar terbalas kerana akhirnya berjaya menamatkan pelajaran dan mendapat segulung ijazah sarjana muda.

Majlis Apresiasi Kempen Thrift & Thrive dan Graduan Komunikasi Strategik 2019 dianjurkan bagi perpisahan pelajar bertempat di Hotel Havour View, Kuching.

Pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut seperti nyanyian daripada pensyarah, permainan dan tarian.

Koordinator Program Komunikasi Strategik Khadijah Mohamad Tuah mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian.

“Pertama sekali untuk sekian kalinya, syabas dan tahniah kepada awak semua kerana berjaya menamatkan pelajaran Program Komunikasi Strategik.

“Saya doakan semoga awak semua berjaya dalam kehidupan, sentiasa sihat dan jaga diri apabila berada di tempat baharu.

“Seperti biasa pesanan saya kepada awak semua, jadilah menusia yang berperikemanusian.

“Terima kasih dan kamu semua ialah pelajar yang paling rapat untuk kohort ini,” katanya ketika memberi ucapan pada Majlis Apresiasi Kempen Thrift & Thrive dan Graduan Komunikasi Strategik 2019.

Sementara itu, pensyarah Program Komunikasi Strategik Malia Taibi berkata, ini kali pertama untuk masa yang sangat lama bagi pensyarah mengadakan perjumpaan seperti ini bersama-sama pelajar.

“Sebenarnya, bukan mudah mengucapkan selamat tinggal kepada pelajar yang pernah saya ajar.

“Kamu semua ialah kumpulan pelajar kohort kedua kami untuk program ini dan disebabkan pandemik, kita tidak dapat bersemuka selama dua tahun.

“Saya dapat rasakan hubungan akrab dengan pelajar apabila acara sebegini diadakan.

“Seperti lagu yang saya nyanyikan tadi — How Do I Say Goodbye nyanyian asal Dean Lewis, ia merupakan perasaan saya kepada awak semua walaupun suara saya sumbang,” ujarnya.

SENTIASA INGAT

Justeru, beliau berharap agar pelajar berjaya dalam apaapa pun kerjaya yang dicapai pada masa akan datang.

Beliau juga berpesan agar menyapa beliau dan manamana pensyarah yang pernah mengajar apabila terserempak di luar selepas bergraduasi.

Jelas Malia, mereka (pesyarah) mungkin tidak mengingati nama pelajar, tetapi mereka sentiasa ingat akan sosok wajah pelajarnya.

Beliau mengakhiri ucapan dengan terima kasih, tahniah dan selamat maju jaya kepada pelajar Program Komunikasi Strategik Kohort Dua, Unimas.

Di samping itu, wakil pelajar Program Komunikasi Strategik Kohort Dua Denver David berterima kasih atas kehadiran tetamu yang datang pada majlis malam itu.

“Ini mungkin kenangan terakhir kita sebagai pelajar dan penyarah, tapi saya harap ia bukan kali terakhir kita berjumpa.

“Kita tidak tahu bagaimana masa depan berlaku selepas ini kerana kita semua tahu peralihan ke fasa dewasa bukanlah mudah,” ujarnya.

“Sebelum kembali kepada kehidupan masing-masing, nikmatilah dengan maksimum bersama-sama sehingga majlis pada malam ini tamat,” ujarnya.

Sepanjang empat tahun, Denver juga berasa perasaan campur aduk selepas menamatkan pengajian Program Komunikasi Strategik di Unimas.

Mewakili pelajar, dia mengucapkan setinggitinggi penghargaan kepada pensyarah Program Komunikasi Strategik walaupun berhadapan rintangan semasa pelajaran seperti pandemik.

Sistem pembelajaran bertukar daripada bersemuka kepada secara dalam talian menyebabkan banyak cabaran pada ketika itu.

Pensyarah juga banyak bertolak ansur kepada pelajar kerana mereka perlu mencari solusi apabila menghadapi sistem pembelajaran baharu.

Dia juga memohon kemaafan kepada pensyarah bagi pihak pelajar sekiranya terkasar bahasa dan terguris hati.

Wakil pelajar Program Komunikasi Strategik itu berharap agar semua pelajar berjaya dalam kerjaya masingmasing dan tidak berputus asa dalam kehidupan baharu.

Turut hadir, Dekan Fakulti Pendidikan Bahasa dan Komunikasi (FPBK) Profesor Dr Ambigapathy Pandian, Timbalan Dekan Hubungan Industri dan Komuniti, Dr Dayang Aizza Maisha Abang Ahmad serta pensyarah Program Komunikasi Strategik.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU