ARTIKEL

Majlis Ulama Indonesia haramkan vape

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape dengan alasan risiko kesihatan, kesan terhadap alam sekitar dan potensi penyalahgunaannya untuk mengambil dadah.

Ketua MUI Bidang Fatwa, Prof Asrorun Ni’am Sholeh, menjelaskan keputusan itu termaktub dalam Fatwa MUI Nombor 131 Tahun 2026 yang dipersetujui pada sidang pleno Jumaat lepas.

Selain penggunaan, fatwa tersebut turut mengharamkan pengeluaran dan penjualan vape, termasuk penyalahgunaan peranti itu bagi dadah, bahan psikotropik dan bahan ketagihan lain seperti dilapor Bernama.

Fatwa itu juga mengandungi 12 syor kepada pelbagai pihak, antaranya gesaan supaya kerajaan memperketat kawalan pengedaran, menyelaraskan dasar antara kementerian serta memperkukuh pengawasan Badan Pengawas Obat dan Makanan, iaitu agensi kawal selia makanan dan ubat-ubatan Indonesia.

Dalam pada itu, MUI mencadangkan lesen industri vape tidak diluluskan dan mahu Badan Narkotik Nasional, agensi antidadah Indonesia, bersama pihak berkuasa bertindak tegas membanteras penyalahgunaannya, namun penjelasan di laman web rasmi MUI menegaskan fatwa itu sekadar panduan hukum agama yang tidak serta-merta berkuat kuasa sebagai undang-undang.

BERITA LAIN

Projek mega perlu utamakan kesejahteraan rakyat

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan projek mega dan bangunan berskala besar perlu mengutamakan kesejahteraan awam supaya tidak mengecewakan rakyat. Beliau menyampaikan

BERITA TERBARU

Untitled 26 singkir tuan rumah 6-0

KUCHING: Untitled 26 mara ke suku akhir selepas menewaskan pasukan tuan rumah, Bantang United, 6-0 dalam aksi pusingan 16 terbaik Piala Cabaran Battosai (BCC) Edisi