Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan seorang lelaki dan dua wanita warganegara tempatan dalam serbuan makmal memproses ubat-ubatan tiruan pada 13 Jun lalu.
Serbuan tersebut melalui Perisikan Siasatan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) bersama-sama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menurut Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin, hasil pemeriksaan lanjut di dalam premis menjumpai barang pemprosesan dan ubat-ubatan yang dipercayai tiada kelulusan KKM berjumlah RM6,369,782 dirampas.
Kes disiasat di bawah Peraturan 7(1)(A) Peraturan-peraturan kawalan dadah dan kosmetik 1984.



