ARTIKEL

Facebook Malaysia Airlines

Malaysia Airlines beri amaran akaun khidmat pelanggan palsu di laman media sosial

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines menasihati pelanggannya agar berhati-hati dengan mesej atau komen yang mencurigakan daripada akaun palsu di laman media sosial yang berpura-pura menjadi wakil khidmat pelanggan mereka.

Syarikat penerbangan itu melaporkan terdapat peningkatan akaun palsu yang menghubungi pelanggan dan berpura-pura menjadi wakil khidmat pelanggan di bahagian komen akaun media sosial rasmi mereka.

“Jangan terlibat dengan penipu ini, kerana mereka mungkin meminta butiran peribadi anda, maklumat pembayaran atau mengarahkan anda ke pautan penipuan.

“Hanya percayakan akaun rasmi kami yang disahkan di Facebook dan X @malaysiaairlines (cari tanda pengesahan biru),” kata syarikat itu menerusi hantaran di akaun X rasminya pada Rabu.

Malaysia Airlines juga mengingatkan pelanggan untuk berinteraksi hanya dengan akaun rasmi mereka yang disahkan sahaja atau menghubungi mereka melalui sembang langsung (live chat). – Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU