ARTIKEL

Malaysia, China setuju adakan komunikasi berterusan, terbuka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NANNING: Malaysia dan China bersetuju untuk mengadakan komunikasi berterusan dan terbuka berkenaan isu Laut China Selatan bagi memastikan situasi di lapangan sentiasa aman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata ia antara isu berkaitan Laut China Selatan yang dibincangkan semasa perjumpaannya dengan Premier China Li Qiang semalam.

Anwar berkata Li juga menzahirkan sokongannya terhadap ASEAN Centrality dalam menangani isu keselamatan antarabangsa di rantau ini, serta menyokong blok ASEAN yang bebas, termasuk mengenai isu perseteruan di antara Amerika Syarikat dan China.

Menurut Anwar dalam pertemuan berkenaan, beliau turut mengutarakan mengenai situasi Myanmar dan isu penghantaran balik pelarian Rohingya.

“Premier Li telah menghuraikan konsep community for a shared future for mankind, yakni konsep yang menekankan prinsip keterbukaan, peradaban, keterangkuman, dan saling hormat-menghormati dalam menangani isu kerjasama dua hala, serantau dan antarabangsa.

“Nilai ini konsisten dengan nilai-nilai dalam Malaysia MADANI,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam sempena lawatan kerja beliau di sini untuk menghadiri China-ASEAN Expo (CAEXPO) ke-20.

Anwar juga berkata secara amnya Malaysia menyokong nilai-nilai universal dalam membasmi kemiskinan, memperjuangkan keadilan dan pembangunan mampan. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali