Malaysia bermula dengan langkah sumbang pada penampilan pertama di pentas Piala Asia selepas 17 tahun, apabila tumbang 0-4 kepada Jordan, dengan bekas bintang Kedah Darul Aman FC Mahmoud Almardi muncul wira The Chivalrous Ones, dalam aksi Kumpulan E di sini, malam tadi (awal pagi ini waktu Malaysia).
Pada aksi sulung kedua-dua pasukan dalam kempen kali ini di Stadium Al Janoub itu, kegagalan skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon menyesuaikan diri dengan intensiti perlawanan, menyaksikan mereka dihukum apabila ketinggalan 0-2 hanya selepas 18 minit permainan.
Selepas ini, Malaysia akan membuat perhitungan dengan Bahrain, Sabtu ini di Stadium Jassim Bin Hammad, sebelum menutup saingan kumpulan bertemu juara dua kali Korea Selatan pada 25 Jan.



