ARTIKEL

Gambar hiasan AI

Malaysia pemain global dalam penyelidikan dan inovasi virologi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengorak langkah untuk memantapkan kedudukannya sebagai pemain global dalam penyelidikan dan inovasi virologi selaras dengan aspirasi untuk muncul sebuah negara berteknologi tinggi dan berdikari menjelang 2030.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata Malaysia komited untuk membina daya tahan berasaskan sains dan keselamatan kesihatan awam.

“Ini bermakna kita bukan sekadar pengguna malah berperanan sebagai inovator dan pencipta, termasuk dalam bidang bioteknologi,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian persidangan antarabangsa ketiga World Society for Virology 2025 (WSV2025) di sini hari ini.

Turut hadir Presiden WSV Dr Maria Soderlund-Venermo.

Chang berkata aspirasi Malaysia untuk mencapai status negara berteknologi dan berpendapatan tinggi menjelang 2030 tidak akan dapat tercapai tanpa asas yang kukuh dalam bidang sains, teknologi dan siap siaga kesihatan awam.

“Menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij ini membuktikan kemampuan saintifik negara yang semakin berkembang serta dedikasi terhadap keselamatan kesihatan global. Ia membuka ruang untuk kerjasama antarabangsa, menarik kehadiran pakar bioteknologi terkemuka, dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab inovasi serantau,” katanya.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Jadual Padat Lima Kejohanan Uji Kuching City

KUCHING: Jadual padat membabitkan lima kejohanan serentak menjadi antara cabaran terbesar Kuching City FC musim ini apabila tempoh pemulihan yang singkat memaksa The Cats melakukan