ARTIKEL

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Perancangan dan Kerjasama Antarabangsa Palestin Dr Estephan Salameh di pejabat beliau di sini pada Jumaat, di luar Mesyuarat Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat berkaitan. Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz (dua, kanan) dan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (kanan). | Bernama

Malaysia perkukuh peranan dalam usaha pemulihan, bina semula Gaza – PM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Malaysia terus memperkukuh peranan bagi membantu rakyat Palestin khususnya dalam pemulihan dan pembinaan semula Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata beliau juga menyambut baik kesediaan Jepun dan Palestin untuk bersama Malaysia menjadi Pengerusi Bersama Mesyuarat Peringkat Menteri Persidangan Kerjasama Negara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin Keempat (CEAPAD IV), yakni satu platform kerjasama serantau penting yang akan dirumus menerusi Pelan Tindakan Kuala Lumpur tidak lama lagi.

“Tumpuan kita jelas, iaitu respons kemanusiaan yang menyeluruh, pemulihan awal, pembangunan ekonomi serta pembinaan keupayaan.

“Kita juga tekad menyelaras usaha bersama pelan pembinaan semula Gaza anjuran Mesir yang telah pun mendapat dukungan Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC),” menurutnya dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama dan RTM.

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menerima kunjungan hormat daripada Menteri Perancangan dan Kerjasama Antarabangsa Palestin Dr Estephan Salameh serta wakil Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) Natalie Boucly di pejabat beliau di sini pada Jumaat.

Selain isu Palestin, Perdana Menteri berkata perbincangan mengenai peranan UNRWA dalam misi antarabangsa  turut dibangkitkan.

“Tindakan barbarik rejim Israel yang mengharamkan UNRWA merupakan serangan terbuka terhadap badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan harus dikecam sekeras-kerasnya,” kata beliau.

UNRWA ditubuhkan pada 1949 sebagai talian hayat kritikal untuk pelarian Palestin dan kini menyokong hampir 5.9 juta orang di Gaza, Tebing Barat, Jordan, Syria dan Lubnan.

Sementara itu, CEAPAD merupakan platform serantau yang diterajui Jepun sejak 2013, menghimpunkan beberapa negara Asia Timur bagi menyokong usaha pembinaan negara Palestin dengan memanfaatkan sumber, pengetahuan dan pengalaman pembangunan ekonomi negara anggotanya.

Negara anggota CEAPAD ketika ini terdiri daripada Jepun, Palestin, Malaysia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Singapura, Korea Selatan, Thailand dan Vietnam. — Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu