ARTIKEL

Mohamad Hasan menyampaikan ucapan pada Program Pembangunan Kapasiti dan Dialog Awam Rang Undang-Undang Keselamatan Siber di Institut Antarabangsa Pemikiran Tamadun Islam dan Alam Melayu di Jalan Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin Bukit Tunku

Malaysia perlu 25,000 pekerja keselamatan siber

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 25,000 tenaga kerja dalam bidang keselamatan siber pada 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ketika ini, dianggarkan terdapat hanya 13,000 pekerja di pasaran.

“Kerajaan memandang serius keperluan untuk meningkatkan keupayaan, kapasiti dan bilangan profesional, serta tenaga kerja mahir dalam bidang keselamatan siber bagi melengkapkan ekosistem keselamatan siber negara.

“Bagi menangani kekurangan 12,000 pekerja yang diperlukan, kerjasama antara pihak kerajaan, institusi pendidikan dan pemain industri amat kritikal,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan selepas merasmikan program Pembangunan Kapasiti dan Dialog Awam Rang Undang-Undang Keselamatan Siber di Institut Antarabangsa Pemikiran Tamadun Islam dan Alam Melayu di sini semalam.

“Saya menyambut baik inisiatif yang dilancarkan hari ini, melalui kerjasama strategik antara Pusat Kawalan dan Penyelarasan Siber Negara (NC4), (NACSA), Institusi Pengajian Tinggi dan pemain industri dalam usaha untuk menambah baik dan menyegerakan kesediaan, keupayaan dan kecekapan keselamatan siber di Malaysia,” katanya.

Anwar berkata inisiatif itu didukung melalui sumbangan biasiswa bernilai RM5 juta oleh Majlis Suruhanjaya Eropah kepada NACSA bagi membantu mempertingkatkan keupayaan dan keberkesanan keselamatan siber negara.

“Saya dimaklumkan sebanyak 2,000 rakyat Malaysia akan memperoleh manfaat daripada biasiswa ini melalui kursus-kursus keselamatan siber bertaraf antarabangsa, serta penempatan pegawai dan penyelidik di NACSA,” katanya.

Turut hadir sama  pada majlis itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman dan Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Nushirwan Zainal Abidin.- BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil