Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan,
Malaysia akan mengambil langkah proaktif untuk menangani gejala Islamofobia yang membarah di negara luar.
Ujarnya, menyingkap soal fahaman agama melampau pasti berpangkal pada soal pendidikan dan bagaimana masyarakat itu dididik.
“Sering diingatkan bahawa, sayugia kita menjadi pendakwah dan bukan penghukum. Justeru, penting untuk diketengahkan fahaman yang lebih sederhana serta membudayakan adab al-Ikhtilaf dalam perbezaan pandangan,” katanya menerusi catatan di Facebook.






