ARTIKEL

Bernama

Malaysia Sah Ke Piala Asia Futsal 2026 Meskipun Tewas 0-4 Kepada Iran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUANTAN: Malaysia sah menempah slot ke Piala Asia Futsal 2026 di Jakarta, Indonesia meskipun tewas 0-4 kepada juara 13 kali Piala Asia Futsal, Iran, dalam aksi terakhir Kumpulan G kempen kelayakan di Stadium Tertutup SUKPA, di sini hari ini.

Iran membuka jaringan seawal minit keempat menerusi Mehdi Mehdikhani sebelum Hossein Derakhshani menggandakan kedudukan pada minit ke-12.

Bersambung babak kedua, kapten pasukan Hossein Tayyebi menambah gol ketiga pasukan nombor satu Asia itu pada minit ke-33 manakala Ali Khalilvand melengkapkan kemenangan bergaya dengan jaringan keempat pada minit ke-36.

Meskipun tewas, skuad kendalian Rakphol Sainetngam mempamerkan semangat juang tinggi apabila berjaya melancarkan beberapa percubaan berbahaya ke arah gawang lawan sepanjang perlawanan.

Iran muncul juara Kumpulan G, manakala Malaysia mengiringi mereka selaku naib juara kumpulan.

Skuad negara sebelum ini mencatat kemenangan 1-0 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi pembukaan, sebelum menewaskan Bangladesh 7-1 pada perlawanan kedua.

Secara keseluruhan, lapan juara kumpulan dan tujuh naib juara terbaik daripada pusingan kelayakan akan menyertai tuan rumah Indonesia pada edisi ke-18 Piala Asia Futsal yang berlangsung pada Januari tahun depan. – BERNAMA

BERITA LAIN

BOJAN SAH KEMUDI HARIMAU MALAYA

KUCHING: Bekas pengendali Persib Bandung, Bojan Hodak dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Harimau Malaya, manakala Tan Cheng Hoe diberikan tanggungjawab sebagai Pengarah Pasukan Kebangsaan. Persatuan

BERITA TERBARU

HIKMAH perkukuh gerak kerja dakwah

KUCHING: Harakah Islamiah (HIKMAH) akan terus memperkukuh keupayaan organisasi itu dalam melaksanakan gerak kerja dakwah dan pelbagai program pembangunan masyarakat Islam secara lebih sistematik serta