ARTIKEL

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama kira-kira 15,000 jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha yang dipimpin Imam Besar Masjid Putra Dr. Muhamad Zakuan Rodzali di Masjid Putra hari ini. | Bernama

Malaysia sokong rundingan sempadan Thailand-Kemboja 14 Jun, sedia beri kerjasama — PM Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan Malaysia untuk mengikuti perkembangan rundingan sempadan antara Thailand dan Kemboja yang dijadual berlangsung pada 14 Jun ini.

Beliau berkata Malaysia menyokong langkah diambil Thailand dan Kemboja, dalam menangani isu sempadan melibatkan kedua-dua negara dan selaku Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia turut sedia memberikan kerjasama yang diperlukan dalam rundingan berkenaan.

“Saya bercakap dengan kedua-dua Perdana Menteri (Thailand dan Kemboja), mereka telah mengambil beberapa langkah yang kita sokong iaitu rundingan pada 14 Jun ini mengenai sempadan Thailand-Kemboja.

“Saya sedia mengikuti dan beri kerjasama (yang) diperlukan.

Setakat ini dua-dua kerajaan mengambil sikap untuk meneruskan rundingan secara baik,” kata beliau kepada media selepas menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 15,000 jemaah di Masjid Putra, di sini hari ini.

Pada 28 Mei, pasukan tentera Thailand dan Kemboja terlibat dalam pertempuran singkat di wilayah Ubon Ratchathani, Thailand dan wilayah Preah Vihear, Kemboja yang dilaporkan mengorbankan seorang askar Kemboja.

Kemboja kemudian mengumumkan hasrat untuk membawa pertikaian sempadan itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Thailand turut dilapor mengulangi komitmennya untuk menyelesaikan isu sempadan dengan Kemboja melalui usaha damai mengikut undang-undang antarabangsa, serta perjanjian dan memorandum yang berkaitan.

Susulan ketegangan itu, satu rundingan yang dijadualkan melalui platform Suruhanjaya Sempadan Bersama akan berlangsung pada 14 Jun di Phnom Penh.

Usaha itu dijangka menjadi langkah penting ke arah penyelesaian damai jangka panjang antara dua negara jiran ASEAN tersebut. — Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

378 permohonan ALAF di Tellian belum dilaksanakan

KUCHING: Sebanyak 378 permohonan di bawah Projek Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF) di Tellian belum dilaksanakan setakat ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston