ARTIKEL

Foto Bernama

Malaysia, Thailand perkukuh kerjasama sempadan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NARATHIWAT: Thailand dan Malaysia komited untuk mengukuhkan kerjasama dalam pembangunan, keselamatan, perdagangan dan pelaburan di wilayah sempadan selatan Thailand dan negeri-negeri utara Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Thailand Somsak Thepsuthin yang melawat Kelantan pada Jumaat berkata, terdapat cadangan untuk membina jambatan kedua yang menghubungkan Sg Kolok, Narathiwat dan Rantau Panjang, Kelantan.

Somsak yang juga Menteri Kehakiman berkata hasil perbincangannya dengan agensi berkaitan dan sektor swasta, mereka mencadangkan pembukaan pusat makanan halal, hospital swasta baharu dan universiti antarabangsa di wilayah selatan.

“Infrastruktur dan pembangunan baharu di sepanjang sempadan Thailand-Malaysia akan meningkatkan perdagangan sempadan.

“Saya harap lawatan (ke Kelantan) akan membantu memulihkan hubungan antara kedua-dua negara,” katanya.

Beliau berkata ia merupakan lawatan peringkat tinggi pertama oleh seorang pegawai Thailand dalam tempoh sepuluh tahun.

Sementara itu, Somsak turut mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun mengenai kerjasama dalam bidang keselamatan.

“Polis Malaysia berharap dapat mempergiat usaha membanteras penyeludupan pekerja haram dan pengedaran dadah merentas sempadan,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU