ARTIKEL

Malek McCrone cabar diri teroka pelbagai karakter

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Model dan pelakon Malek McCrone, 32, mahu mencabar kemampuan diri meneroka pelbagai watak selepas sering diberi peranan lelaki berimej urban yang hidup mewah.

Malek atau nama sebenarnya Malek Marcus McCrone berhasrat membintangi filem aksi dan karya kemanusiaan yang dapat memberi inspirasi kepada masyarakat, termasuk naskhah seperti Big World seperti dilapor Bernama.

Beliau mengakui pengalaman dalam drama bersiri Good Boys Go To Heaven, bersama jurulatih lakonan Khairunazwan Rodzy dan pengarah Ariff Zulkarnain, meningkatkan kemampuan lakonan serta membuka lebih banyak peluang.

Selain itu, pelakon yang kini menjalani penggambaran Doa yang Terlindung 2 itu lebih selesa menggalas satu projek pada satu masa supaya setiap watak kelihatan berbeza.

Dalam pada itu, Malek yang berdarah kacukan Kanada dan Melayu bakal mengacara Islamic Fashion Festival (IFF) Kuala Lumpur 2026 bersama Datin Elaine Daly, manakala isterinya, Tina, menerima baik tanggungjawabnya menjaga adik perempuan yang mempunyai sindrom Down.

BERITA LAIN

Sarawak gesa agensi percepat projek RMK-13 sebelum 2030

KUCHING: Semua kementerian, jabatan dan agensi di Sarawak digesa mempercepat pelaksanaan keutamaan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) kerana tempoh menuju sasaran Strategi Pembangunan

BERITA TERBARU