ARTIKEL

Mangsa terakhir tragedi kepala air Sungai Luit ditemui

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Mangsa terakhir tragedi kepala air di Sungai Luit, berhampiran Tapak Berkelah Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Datuk Wan Md Razali Wan Ismail, berkata anggota penyelamat menemukan mayat lelaki itu di Sektor C, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi awal.

Menurut beliau, pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia pada pukul 10.30 pagi.

Beliau berkata penemuan mangsa kelapan itu melengkapkan pencarian dan operasi mencari dan menyelamat ditamatkan secara rasmi.

Lapan lelaki dihanyutkan arus deras dalam kejadian itu, terdiri daripada seorang warga tempatan dan tujuh warga asing dari Yaman, Sri Lanka, Nepal serta India seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Dua gangsa iringi persaraan Rapelson

KUCHING: Dua pingat gangsa pada Para SUKMA Selangor 2026 menjadi pencapaian terakhir atlet para renang Sarawak, Rapelson Richard Hamit, yang mengumumkan persaraan susulan pelaksanaan had