ARTIKEL

Marchelin Maria juara Ratu Bilanting Serian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Marchelin Maria Martin dari Kampung Tematu, Kuching muncul juara Pertandingan Ratu Bilanting sempena Serian Rafting Challenge Edisi Ke-13 2026, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500.

Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang di Dewan Kampung Tebakang Bidayuh, di sini, semalam.

Abby Natalie Andhy dari Kampung Taee menduduki tempat kedua dengan hadiah RM1,500, manakala Sarafina Arista Nigel dari Kampung Raso 2, Lundu, meraih tempat ketiga dengan hadiah RM1,200.

Bagi kategori sampingan, Sarafina Arisya Jihel memenangi anugerah Best Walk, Abby Natalie meraih anugerah Miss Photogenic, manakala Marchelin Maria turut dinobatkan sebagai Best Traditional Costumes.

Pertandingan itu menjadi platform untuk mengetengahkan bakat wanita dan keunikan pakaian tradisional, sekali gus melengkapi pengisian kebudayaan dalam acara berkenaan serta menyokong usaha mempromosikan tarikan pelancongan di Serian.

Turut hadir Pengerusi Majlis Daerah Serian Datuk Peter Minos dan Setiausaha Majlis Daerah Serian Jannice Abraham.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU