ARTIKEL

MARDI perketat SOP keselamatan selepas petugas maut disengat lebah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CHUKAI: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan memperketat prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik pengurusan keselamatan di lapangan susulan kematian seorang petugas disengat lebah di Stesen MARDI Kemaman, Ayer Putih.

Ketua Pengarah MARDI Dr Sanimah Simoh menjelaskan bahawa langkah tersebut meliputi semua stesen penyelidikan MARDI di seluruh negara demi mengutamakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti dilapor Bernama.

Beliau menyatakan perkara itu sudah dibincangkan dalam Mesyuarat Pengurusan Kanan MARDI, dengan beberapa tindakan susulan dirancang untuk memperkukuh pematuhan terhadap SOP keselamatan sedia ada.

Selain itu, mesyuarat berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerja akan diadakan secara berkala supaya aspek keselamatan dipantau dan penambahbaikan dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dijadualkan mengaudit aspek keselamatan di ladang MARDI Kemaman dalam masa terdekat, selepas pembantu am Hafizul Mat Nor, 40, maut disengat lebah ketika mengambil madu pada pagi 24 Okt.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU