ARTIKEL

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 83,000 benih udang kara bernilai RM500,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PONTIAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menggagalkan cubaan menyeludup masuk 83,000 benih udang kara dengan menahan tiga lelaki tempatan di perairan Tanjung Piai di sini, semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri, Kepten Maritim Kama Azri Kamil berkata pihaknya mengesan sebuah bot mencurigakan bergerak dari Batu Pahat menuju ke Gelang Patah sebelum ditahan untuk pemeriksaan lanjut di kedudukan 0.1 batu nautika tenggara Sungai Boh pada pukul 2.30 pagi.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut membawa 17 kotak polistirena yang mengandungi kira-kira 83,000 benih udang kara bernilai hampir RM500,000.

“Bot terbabit dipercayai menyeludup masuk benih udang kara berkenaan dari negara jiran ke Johor tanpa kebenaran Jabatan Perikanan Malaysia.

“Susulan itu, tiga lelaki tempatan berusia antara 30 hingga 33 tahun yang berada dalam bot tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 40(1) Akta Perikanan 1985,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

BERITA TERBARU