ARTIKEL

Masjid Darul Iman terima sumbangan untuk baik pulih pagar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB) menyalurkan sumbangan kewangan bagi membantu membiayai kerja membaik pulih pagar di perkarangan Masjid Darul Iman, Kampung Johari Pandan, di sini.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengurus LAKIB, Abu Bakar Husaini, dan Timbalan Pengurusnya, Abdul Rased Sauni yang mewakili Pengerusi LAKIB, Iskandar Turkee, kepada Setiausaha Masjid Darul Iman, Mohd Zulkarnaen Abdullah, di Pejabat LAKIB, semalam.

Dalam kenyataannya, LAKIB berkata sumbangan itu sebahagian daripada usaha berterusan badan berkenaan menyokong keperluan pembangunan, penyelenggaraan dan kebajikan institusi Islam di daerah ini.

Menurut LAKIB, penyelenggaraan kemudahan masjid perlu diberikan perhatian bagi memastikan persekitaran rumah ibadah sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan selesa untuk kegunaan jemaah serta masyarakat setempat.

LAKIB berharap bantuan berkenaan dapat membantu melancarkan kerja membaik pulih pagar masjid itu, sekali gus memastikan kemudahan berkenaan terus terpelihara dan selamat digunakan.

Menurut badan itu, kerjasama antara LAKIB dengan pihak pengurusan masjid juga penting bagi mengenal pasti serta memenuhi keperluan institusi Islam, khususnya yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat setempat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Liputan bekalan air Sarawak naik 86.1 peratus

KUCHING: Liputan bekalan air di Sarawak meningkat kepada 86.1 peratus setakat ini berbanding 85.6 peratus tahun lalu, manakala liputan di kawasan luar bandar mencapai 72