ARTIKEL

Masjid Jamek Kuala Lumpur dekati rakyat Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEMATAN: Masjid Jamek Kuala Lumpur sekali lagi turun padang menganjurkan Program Aktiviti Khidmat Sosial Qurban Borneo 2.0 2019 di Sarawak dan Sabah.

Semalam, Program Aktiviti Khidmat Sosial Qurban Borneo 2.0 berlangsung di Kampung Telok Melano, Sematan.
Sebanyak tiga ekor lembu dikorbankan pada majlis tersebut di Telok Melano dan dua ekor di Serian untuk diagihkan kepada penduduk tempatan yang layak.

Program dianjurkan Masjid Jamek Kuala Lumpur, Masjid As Syakirin Kuala Lumpur dan di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama pihak Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

Ketua Pentadbir/Imam Besar Masjid Jamek Sultan Abdul Samad merangkap Pengarah Program CSR Qurban Borneo Sarawak dan Sabah, Ustaz Yahya Mahyuddin Utoh Said berkata, program berkenaan kali kedua diadakan di Sarawak dan Sabah.

“Program ini merupakan kali kedua diadakan bersama penduduk ia bertujuan merapatkan silaturahim antara Masjid Jamek Kuala Lumpur dengan penduduk tempatan.

“Daging korban diagihkan kepada penerima di kalangan penduduk tempatan,” katanya. 
 Beliau berkata, program korban turut berlangsung di Kampung Buah Pandai Daerah Kota Belud, Sabah.

BERITA LAIN

Beg sekolah untuk 5,917 pelajar di 46 sekolah Sarikei

SARIKEI: Seramai 5,917 pelajar daripada 46 sekolah di kawasan Sarikei menerima sumbangan beg sekolah menerusi inisiatif bantuan pendidikan bagi memastikan mereka mempunyai kelengkapan yang mencukupi

Fokus keperluan pendidikan luar bandar, kebajikan guru

JULAU: Sebanyak RM50,000 disalurkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau No.2 bagi membolehkan pihak sekolah mendapatkan televisyen pintar (Smart TV) bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran

BERITA TERBARU

16 pasukan bertanding, Akademi SJN muncul juara

KUCHING: Akademi SJN dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun (B-12) selepas menewaskan Akademi Nexus 2-1 pada