ARTIKEL

?????????????

MATINYA ‘SI TORAK’ MACACA NEMESTRINA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TORAK termengah-mengah keletihan. Asakan yang dilakukan oleh pihak keselamatan menyabitkannya memerah 200 peratus tenaga untuk menyelamatkan diri. Sesekali kesal juga dia dengan tindakannya merampas segugus buah dari tangan wanita di tepian pantai jembar.

Hingga orang banyak salah anggap dan menyalahkan ia mahu merosakkan dara sunti itu. Lalu ia kempunan untuk makan buah pisang 40 hari yang ranum itu.

Torak sempat lari ke lubuk itu. Tempat selamat untuk sekutunya bersembunyi dan berwewenang.

Jenggala sempadan negara jiran itu memang tebal dan menjadi habitat pelbagai jenis fauna liar dan baik. Kawasan kediaman yang selam ini tiada berlaku kegiatan tidak normal dalam kalangan mergastua. Mereka hidup aman damai kerana sandang pangan yang mencukupi.

Torak ingat lagi ketika dia dan Tuntun bersama-sama bermandi-manda di Jeram Landau, tempat mereka selalu berjumpa dahulu. Mesra benar mereka hingga rakan-rakan lain cemburu, apatah lagi Tuntun merupakan dara tercantik dalam kalangan penghuni jenggala.

Jeram itu umpama syurga bagi mereka yang sedang dilanda bencana cinta. Keintiman mereka itulah yang selalu menimbulkan sengketa dalam kalangan jagoan koloninya. Masing-masing cuba untuk mendapatkan Tuntun.

Lagipun ikatan mereka bukan sah macam manusia. Ada sijil halal Jakim.

Di jenggala ini, semua jantan berhak dan mempunyai peluang sama untuk mendapatkannya. Untuk mencip madu yang ranum di bejana berahi Tuntun. Dan Torak amat bertuah menjadi pilihan Tuntun. Pasangan yang dikira cocok bangat dan dicemburui ramai.

Namun, perpisahan terjadi jua, tatkala api kemesraan membungai kehidupannya. Torak terperangkap dalam usaha untuk mencari rezeki di kampung yang lebih aman. Walaupun dia berbakti bukan untuk dirinya, tetapi upah yang didapati amat lumayan. Terbuai juga ia dengan habuan mewah itu.

Tiba-tiba sebiji anak buah getah meletup, betul-betul macam bunyi tembakan menyinggahi kepalanya. Bola mata Torak melilau-lilau ke kiri kanan, bimbang juga kalau-kalau orang kampung tadi datang secara sembunyi-sembunyi untuk memberkasnya.

Ombak di dadanya sedikit menurun apabila tiada apa-apa yang aneh. Ia rasa amat letih kerana diburu tadi. Tapi ia juga rasa bersalah kerana mencederakan budak perempuan yang gebu itu. Terkebil-kebil matanya memikirkan betul salah dan untung nasib diri.

Itulah yang selalu berlaku – salah faham dan terburu-buru. Ia tiada niat sebesar hama langsung pun untuk mewujudkan provokasi atau delikuensi. Cuma rasa lapar dan kepingin makan buah kegemarannya itu sahaja menjadikan situasi agar geger. Padahal tujuannya sebenarnya hanya mahu mengutip pisang yang dibuang oleh anak dara tersebut.

Segalanya terjadi terlalu pantas. Mengalah ia tidak mampu memberi penjelasan perkara yang berlaku sebenarnya. Hinggalah ia menjadi buruan sekarang ini. Syukur juga dia masih diberi peluang untuk bernafas lagi. Torak menyandarkan tubuh di dahan kemuning.

Desiran langkisau rimba berpoput lembut menyamankan mergastua yang kebanyakannya sedang berehat setelah kekenyangan mendapatkan laba. Geseran dedaun yang berselisihan antara satu sama lain menyajikan suatu modulasi belantara yang unik dan mersik. Lalu membuat mimpi indah antara Torak dengan Tuntun yang berlangsung lewat pertemuan silam.

Rindu itulah gamaknya yang membuatkan dia terlebih suntuk gadis gebu di kala itu. Memang ciri-ciri gadis itu dengan Tuntun saling tumpah pada perkiraannya. Sama-sama menggirukan.

Ingatannya kepada Tuntun kini membara. Torak rindu amat kepada kekasihnya itu.

***

Riuh-rendah di tepian pantai segara petang semalam tidak terkhenti di situ sahaja. Pihak hospital telah membuat pemeriksaan dan penelitian rapi dan mendapati tiada infeksi pada luka di paha gadis tersebut. Bimbang juga kemungkinan penyebaran variasi virus dan apa-apa penyakit bawaan vektor.

Pihak ibu bapa mangsa membuat laporan ke pejabat polis bahagian berhampiran kerana bimbang kejadian serupa berlaku. Kalau bukan terhadap anak gadisnya, mungkin kepada anak-anak orang lain. Di samping memungkinkan tindakan bersepadu dijalankan oleh pihak berwajib.

Di peringkat jajahan sendiri, Tok Salang selaku Ketua Kaum, anak buah serta pasukan RELA juga telah mengambil prakarsa memburu Torak agar tidak lagi menjadi ancaman kepada penduduk. Dua unit pasukan khas telah ditubuhkan bagi mengesannya.

Pihak polis berperanan menyelaras gerakan dalam operasi besar-besaran. Kerja pemburuan akan ditingkatkan ke seluruh kawasan kampung termasuk hutan kecil berhampiran. Mereka yakin Torak tidak dapat melepaskan diri kerana semua pihak telah mengadakan kolaboratif kepungan dan sekatan jalan keluar-masuk ke jajahan berkenaan.

Gerakan 24 jam diaktifkan. Nampaknya bersungguh benar mereka mahu menjebak Torak. Macam terlalu besar dosanya kepada negara.

Pergeakan rapi hingga masuk ke pedalaman belantara.

Padahal banyak lagi kes besar yang perlu disenggara dan diselesaikan segera. Masakan untuk memburu satu mangsa sahaja melibatkan segala kekuatan pasukan diperlukan. Pencorobohan pendatang asing dan pindah negara luar beberapa ketika dahulu lagi besar untuk ditangani dan diberi perhatian serius.

Tapi itu rumus di pihak kita yang bersalah. Bagi mereka tentu ada alasannya. Bagaimanapun tentu pihak berwajib ada alasan untuk menyelesaikan masalah semasa. Torak tidak mampu berfikir untuk mereka. Biarkan mereka dengan kerja dan urusan masing-masing.

Torak sedang enak melayan nostalgia silam. Tuntun juga tentu lama merindu sepanjang ia meninggalkan Lubuk Landau. Selama tempoh perkhidmatannya, Torak mendapat laba yang melimpah daripada Tok Salang. Sandang pangannya kelas lima bintang.

Tuanunya itu juga mendapat berlipat kali ganda keuntungan. Sebelum turun ke medan, Tok Salang hantar Torak mengaji dahuu di Sekolah Beruk Sempadan hujung negara jiran. Lepas konvokesyen dan dapat ijazah, barulah dia layak masuk ke alam kerjaya.

Torak sanggup meninggalkan kampung halaman untuk mencuba nasib di sisi Tok Salang. Namun kini, rindunya kepada Tuntun terlebih lagi. Apatah lagi dengan hasil benih mereka bercucuk tanam telah membesar di abdomen Tuntun. Torak kepingin melihat perubahan anatominya.

Ia mahu segera menemuai Tuntun, tapi perlu berwaspada segala gerakan. Lamunannya berhujung apabila terliena kerana keletihan. Ia menggeliat membetul urat saraf. Ada belahan luka hasil usaha melarikan diri daripada kejaran manusia semalam.

Semilir mendayu lembut mengelus-elus wajah membuatkan matanya layu. Barangkali lebih baik untuk ia meneruskan mimpi menemui Tuntun. Untuk kembali membali secara realiti pun ia belum pasti.

***

Beburung kecil mula berkicau seusai azan menandangi ruang perkampungan pinggir hutan itu. Masing-masing mula menyayuh perahu kehidupan tanpa risaukan pelan perancangan. Semua telah ditentukan.

Bunyi-bunyian unggas semakin menghidupkan kegelepan. Lembayung cahaya mula kelihatan timbul perlahan-lahan. Alam mula jaga.

Walaupun banyak lagi populasi yang masih meminta mimpi dalam mengkur yang lena.

“Bang! Bang!”

Dua das tembakan kedengaran memecah kesunyian subuh yang hening. Serentak itu mergastua bercempera hingar bingar cuba melarikan diri. Mana yang telah jaga terus berlari tunggang langgang membuat aneka.

Sementara yang baru sedar terpisat-pisat membuat kelopak mata. Ada yang tergelincir ke banir pohon kerana kejutan yang secara tiba-tiba. Tidak sempat mengatur langkah. Yang terpinga-pinga dengan debaran di dada juga ada. Keadaan gawat memenuhi ruang belantara serta-merta.

Dalam kesamaran pagi, kelihatan Torak rebah dari atas dahan Keruing ke busut berdekatan Lata Landau. Darah membuak-buak dari perut dan dadanya. Kemudian mengalir keluar pula dari rahang, mulut, hidung dan telinganya.

“Errk…erk…” suara Torak dari artikulasi yang senak. Kelihatan seorang lelaki merapatiny dan tunduk mengaku kepala Torak yang longlai. Dari pucuk Mempar, seekor beruk betina menyeru sayu dengan juraian air mata.

“Maafkan aku, Torak..” suara Tok Salang gigi. Di tangannya untaian rantai yang selalu membelenggu Torak dan mengawalnya ketika mendapatkan kelapa upahan. Kunci yang terbuka menandakan Torak telah terlepas dari belenggu berkenaan. Entah bagaimana Torak mampu mangga yang dikira kukuh itu.

Torak pandang wajah Tok Salang. Puig-puing hitam memininkan berputar-putar di sekeliling. Tidak sangka tuannya yang selalu mendapat khidmat, terlibat sama dalam komplot memberkasnya. Malah, menjadi wakta hero memupuskan nya.

Torak sanggat pantas, cekap dan profesional menjalankan peranan. Namun, hari ini Torak menamatkan tugas terakhirnya di tangan tuannya sendiri. Mata Torak berair dan mula meleleh ke pipi. Dia lihat juga mata Tok Salang merah dan berkaca.

Seorang anggota pembantu berdiri megah di sisi dengan menuncing senapang patah Tok Salang. Walaupun telah ketinggalan zaman, namun masih berfungsi baik dalam melaksanakan arahan seksyen 55(1) dan 55(3), Akta 716 – ancaman mergastua kepada orang awam.

Mata Torak memandang kuyu tuannya. Beliau bukan sahaja banyak berjasa kerana memberi Torak upahan yang lumayan, juga menyekolahkannya hingga memahami bahasa manusia. Tapi dia juga memisahkannya dengan Tuntun. Seribu rahsia tersimpan di arca wajahnya.

Bulu lebat coklat kekuningan yang merupakan identiti gugusan Macaca Nemestrina antara tercantik di dunia, kini kusut. Adegan klimaks itu menjadi penamat kontrak kerja Tok Salang dan Torak. Tok Salang mengusap kepala Torak dengan lunak. Mulutnya komat-kamit seakan-akan mengajar syahadah buat pesakit yang nazak.

Torak makin longlai. Watak gagh dan tampan hero Macaca itu kini sirna. Tok Salang terkedu, antara sesal dan rasa tanggungjawab. Sebagai tuan dia sewajarnya melindungi Torak, namun sebagai Tok Ketua Jajahan, keselamatan anak buahnya mesti diutamakan.

“Ngiii..Ngiii..!!”

Dari celahan sendayan dan kenduduk, muncul Tuntun mendongong dua cahaya mata. Kian menghampiri lapangan. Seluruh mata memberi fokus. Ada mencung senapang yang bersiaga picunya, jika ada sesuatu yang di luar jangka.

Tuntun mendekat. Melabuhkan punggung dan meletakkan kedua zuriatnya ke sisi. Memandang sayu. Dan sebelum kelopak mata Torak terkatup rapat, ia sempat menatap wajah warisnya dan menitipkan ijazah kemahirannya.

Kedua pewaris Torak kelihatan cekal. Mungkin tidak memahami situasi atau bersedia menjadi pengganti!

BERITA LAIN

Nasi beriani OKU

HARI ini hari Ahad. Amat bercadang untuk mengajak suri dan anakanaknya makan di luar. “Ayah rasa nak makan pais ikan pari lah hari ni…,” “Alaa…adik

Kidung Pujangga Nukilan Aqilah Huda

AROMA DUA DAPUR Di dapur rumah tua yang berdindingpapanasap kayu getah membubung perlahanmembawa cerita dari dua tebing yangberbezadi atas bara api yang menyala merahbatang buluh

BERITA TERBARU