ARTIKEL

Mayat Kanak-Kanak Lemas Di Pantai Batu Rakit Ditemukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA TERENGGANU: Mayat kanak-kanak lelaki lima tahun yang hilang selepas dihanyutkan ombak di Pantai Batu Rakit, Kuala Nerus pada Jumaat lepas ditemukan kira-kira 3 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mayat Muhammad Zarif Hazahari yang dijumpai oleh pasukan penyelamat itu terdampar di atas pasir, kira-kira enam kilometer dari lokasi kejadian.

Beliau berkata mayat anak kelima daripada enam beradik itu kemudiannya dibawa naik oleh anggota penyelamat dengan bantuan penduduk setempat.

“Operasi selama dua hari berjaya menemukan jasad Muhammad Zarif Hazahari yang terdampar di atas pasir Pantai Batu Rakit, kira-kira enam kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.

“Oleh itu, polis menasihati orang awam supaya lebih berhati-hati dan tidak menghampiri kawasan laut atau air pada musim Monsun Timur Laut (MTL) yang belum berakhir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Jumaat lepas, Muhammad Zarif Hazahari yang keluar bersiar-siar bersama dengan ibu saudara dan dua sepupunya, dilaporkan hilang selepas dihanyutkan ombak ketika membasuh kaki di pantai itu dalam kejadian pada 6.43 petang. – BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Bina impian anak Sarawak

SETIAP kali Belanjawan Sarawak dibentangkan, perhatian masyarakat lazımnya tertumpu pada angka peruntukan, projek pembangunan dan pelan ekonomi negeri. Namun, ukuran sebenar kejayaan sesebuah belanjawan bukan

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga