ARTIKEL

MAYAT Fresly Setipin kira-kira 50 meter dari PKOB dekat Ulu Skrang,

Mayat lelaki lemas selepas petik buah dabai ditemui

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SKRANG: Seorang pemuda berusia 25 tahun dipercayai lemas semasa menyeberang sungai seusai mengambil buah dabai di Ulu Skrang, Sabtu.

Mayat Fresly Setipin dari Rumah Panjang Nanga Belaie bagaimanapun ditemui hari ini terapung kira-kira 50 meter dari Pusat Kawalan Operasi Bomba (PKOB).

Perkara tersebut disahkan Pemangku Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Lawrance Rungan.

Menurutnya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong dimaklumkan kira 4.09 petang semalam.

“Mangsa bersama tujuh yang lain semasa kejadian berenang menyeberangi Sungai Skrang selepas mencari buah dabai.

“Ketika berenang ke seberang, Fresly dipercayai tenggelam serta dibawa arus kuat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, tujuh rakan mangsa yang lain disahkan selamat.

Katanya semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada petang Sabtu, radius pencarian meliputi 500 meter ke ke hilir sungai.

“Sementara hari ini, operasi SAR dibantu Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Selain itu menggunakan teknik operasi berfokus kepada pencarian di permukaan air seluas lima kilometer,” ujarnya.

Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

254 projek RTP dilaksana di Machan sejak 2021

KUCHING: Sebanyak 254 projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan dari 2021 hingga 2026 bagi meningkatkan kemudahan asas