ARTIKEL

Mayat Lelaki Tempatan Ditemukan Dalam Longkang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEORGE TOWN: Mayat seorang lelaki tempatan ditemukan dalam longkang di tepi sebuah kedai di Jalan Kedah di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintenden Lee Swee Sake berkata pihaknya menerima maklumat kejadian daripada orang awam pada 9.26 pagi. 

“Siasatan awal mendapati lelaki itu berusia 37 tahun beralamat di Kapar, Selangor disyaki gelandangan yang menginap berhampiran lokasi kejadian. 

“Pemeriksaan di tempat kejadian oleh pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan pada tubuh lelaki itu tidak menemukan sebarang unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat esok.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan laporan mati mengejut (SDR) dibuka bagi siasatan lanjut. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU