ARTIKEL

Mayat Wanita Ditemukan Di Sungai Klang Dipercayai Penuntut Kolej Hilang – Polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Mayat wanita yang ditemukan dalam keadaan terlentang di bawah jambatan Sungai Klang pada Isnin lepas dipercayai mempunyai kaitan dengan laporan orang hilang melibatkan seorang penuntut kolej swasta.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya menerima laporan orang hilang itu pada 26 Julai lepas daripada kakak mangsa, selepas adiknya gagal dihubungi sejak sehari sebelumnya.

“Siasatan mendapati kakak mangsa telah diminta oleh adiknya yang berusia 23 tahun itu untuk menjemputnya di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Putra Height pada 12 tengah hari, 25 Julai lepas namun mangsa gagal dihubungi hingga keesokan harinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bedah siasat terhadap mayat yang dijalankan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, di sini semalam, mendapati tiada kesan pergelutan atau unsur jenayah pada tubuh mangsa namun laporan penuh masih menunggu keputusan makmal.

“Hasil pemeriksaan lanjut pada badan mangsa menjumpai satu anak kunci di dalam poket seluar dan seterusnya pihak polis telah membuat pemeriksaan rumah yang dipercayai tempat tinggal mangsa di kawasan Jalan Klang Lama.

“Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa berada di kawasan tersebut sebelum dilaporkan hilang,” katanya.

Beliau berkata pengecaman awal oleh waris mengesahkan pakaian pada mayat sepadan dengan milik mangsa namun pengesahan identiti masih menunggu keputusan padanan cap jari.

Pada Isnin lepas, mayat seorang wanita tanpa identiti ditemukan dalam keadaan tertiarap di atas batu bawah jambatan Sungai Klang berhampiran Jalan Jurutera, Puchong pada 11.58 pagi, namun pemeriksaan pada mayat tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri mahupun barangan peribadi.- BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU