ARTIKEL

Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong | Bernama

MCA perlu terus beri perkhidmatan terbaik hadapi PRU16

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengingatkan kepimpinan dan ahli parti supaya tidak terlalu berpuas hati dengan kejayaan kecil yang dicapai setakat ini.

Beliau berkata kepimpinan MCA di semua peringkat perlu menunjukkan komitmen tinggi dengan memberikan perkhidmatan terbaik sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Menurutnya, kekuatan sesebuah parti mampu memberikan nilai tambah serta kelebihan dalam percaturan politik dan rundingan kerjasama gabungan pada masa akan datang.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutup Bengkel Latihan Pilihan Raya MCA di MH Hotel, yang disertai lebih 200 pemimpin bahagian dan dirasmikan Menteri Besar merangkap Pengerusi BN Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Mengenai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Wee berkata perbincangan khusus mengenai pembahagian kerusi antara parti komponen Barisan Nasional (BN) hanya akan dimuktamadkan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, dengan penggal DUN Melaka ke-15 berakhir pada Disember ini menurut laporan Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU