ARTIKEL

Sekitar rakaman kenangan ketika Teo Nie Ching meninjau pelaksanaan USP Wi-Fi di IPTA di Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Sains Malaysia (USM), Nibong Tebal, Pulau Pinang, semalam.

MCMC perkukuh capaian Wi-Fi berkapasiti tinggi di USM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Projek Wi-Fi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah siap dilaksanakan sebanyak 76 peratus iaitu 408 daripada keseluruhan 538 lokasi di seluruh negara setakat 30 September lalu.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, pelaksanaan projek berkenaan di lokasi selebihnya juga sedang giat diteruskan.

Katanya, pelaksanaan projek Wi-Fi ini juga merangkumi IPTA serta institusi latihan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), dengan anggaran pelaburan keseluruhan sekitar RM634.1 juta.

“Kementerian Komunikasi dan MCMC akan terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), institusi pendidikan serta penyedia perkhidmatan bagi memperluas capaian Internet berkualiti secara berperingkat,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Tambah MCMC, sebagai penggerak ekosistem komunikasi dan multimedia negara, pihaknya komited untuk memastikan pelaburan melalui Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) memberikan manfaat langsung kepada mahasiswa, tenaga pengajar serta komuniti pendidikan menerusi capaian Internet yang lebih stabil dan pantas.

“Usaha ini sekali gus menyokong pembangunan modal insan serta pertumbuhan ekonomi yang memberikan manfaat kepada rakyat,” ujarnya.

Semalam (3 Oktober), Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, meluangkan masa meninjau pelaksanaan USP Wi-Fi di IPTA, iaitu Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Sains Malaysia (USM), Nibong Tebal, Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada usaha Kementerian Komunikasi melalui MCMC untuk memperkukuh ketersambungan digital di institusi pendidikan awam.

Sehubungan itu, MCMC menerusi kenyataan yang sama memaklumkan pelaksanaan projek tersebut bertujuan meningkatkan kapasiti dan kualiti capaian Wi-Fi bagi menyokong aktiviti pembelajaran dan kehidupan kampus yang semakin bergantung pada perkhidmatan digital khususnya di kawasan tumpuan seperti dewan kuliah, makmal, perpustakaan, pusat pelajar dan kolej kediaman.

Menurutnya, di USM, sebanyak 822 titik akses tambahan di bawah Projek Wi-Fi IPTA Fasa 3 telah siap dilaksanakan pada 18 September lalu, lebih awal daripada sasaran asal pada 23 September.

Jelasnya, jumlah tersebut melibatkan 740 titik akses di USM Kampus Nibong Tebal serta masing-masing 41 titik akses di USM IPPT Bertam dan USM Bukit Jambul.

“Pemasangan tersebut melengkapkan 1,103 titik akses yang telah disediakan menerusi Fasa 2 pada Julai 2025, menjadikan keseluruhan 1,925 titik akses beroperasi di USM setakat 30 September 2026.

“Pada masa yang sama, kerja pemasangan tambahan sebanyak 4,150 titik akses di USM Kampus Induk sedang dilaksanakan dan disasarkan siap menjelang 30 Oktober 2026,” ujarnya.

Dalam hal berkaitan, MCMC memberitahu, kemajuan di USM merupakan sebahagian daripada pelaksanaan inisiatif peluasan Wi-Fi di Pulau Pinang yang melibatkan 32 lokasi, merangkumi IPTA serta institusi di bawah MARA dan KESUMA.

“Daripada jumlah tersebut, 24 lokasi atau 75 peratus telah siap setakat 29 September 2026, dengan jumlah anggaran pelaburan sebanyak RM61.5 juta melalui USP,” tegasnya.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan