ARTIKEL

MCMC, SPRM meterai MoU perkukuh kerjasama bendung rasuah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang penguatkuasaan, pencegahan rasuah dan pemerkasaan integriti, khususnya dalam mendepani cabaran yang semakin kompleks dalam persekitaran digital hari ini.

Majlis pertukaran MoU itu berlangsung di ibu pejabat MCMC, Cyberjaya, melibatkan Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman.

MoU tersebut menggariskan pendekatan rentas agensi yang lebih terselaras melalui perkongsian kepakaran dalam penguatkuasaan, penyiasatan, teknologi digital, pengurusan maklumat dan pencegahan rasuah.

Kerjasama itu turut merangkumi amalan terbaik berkaitan tadbir urus, integriti dan pengurusan risiko.

Kedua-dua agensi juga akan memperluas kerjasama dalam pembangunan pengetahuan dan kemahiran melalui program advokasi, latihan, perkongsian ilmu dan pembangunan kapasiti.

Selain itu, kerjasama ini turut memanfaatkan teknologi, termasuk kecerdasan buatan (AI), bagi membantu mengesan, mencegah dan mengurus risiko salah guna kuasa serta penyelewengan secara lebih sistematik dan berkesan.

Inisiatif berkaitan juga boleh diperluaskan kepada industri dan pemegang taruh berkaitan.

Usaha ini dijangka meningkatkan kesiapsiagaan kedua-dua agensi dalam menangani risiko rasuah dan salah laku yang semakin kompleks, di samping menyokong akauntabiliti serta penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan.

Selaras dengan peranannya sebagai penggerak ekosistem komunikasi dan multimedia negara, MCMC akan terus memainkan peranan pemudah cara dalam memperluas sinergi antara agensi ke arah budaya kerja yang lebih telus, beretika dan bertanggungjawab.

Ini sekali gus dapat meningkatkan keyakinan rakyat, industri dan pelabur terhadap institusi awam serta ekosistem komunikasi dan multimedia negara.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan