ARTIKEL

Mekanisme atasi hutang PTPTN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CADANGAN untuk menyekat perjalanan ke luar negara bagi peminjam yang gagal membuat sebarang pembayaran hutang PTPTN adalah kurang berasas dan tidak masuk akal.

Ini kerana cadangan menyekat perjalanan ke luar ke atas peminjam PTPTN akan menyebabkan golongan belia yang menyokong Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu akan mengubah sokongan mereka.

Selain itu, memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam PTPTN merupakan salah satu manifesto PH dan ia telah memberi harapan kepada para peminjam PTPTN untuk menyokong PH lantas menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Oleh itu, pihak kerajaan di bawah pimpinan PH hendaklah mencari satu mekanisme yang baharu bagi menggalakkan para peminjam PTPTN datang untuk membayar PTPTN.

Antara masalah yang sentiasa menjadi isu kegagalan pembayaran hutang PTPTN ialah kadar bunga yang dikenakan terlalu tinggi kepada para peminjam PTPTN.

Terlalu Tinggi

Hal ini menyebabkan para peminjam PTPTN sukar untuk membayar hutang kembali disebabkan kadar bunga yang terlalu tinggi.

Sesetengah peminjam PTPTN tidak mempunyai kemampuan untuk membayar balik disebabkan keadaan kewangan mereka yang tidak mengizinkan dan ada juga masih tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Di samping itu, masalah seperti kaedah pembayaran yang kurang mesra kepada para peminjam PTPTN juga menjadi salah satu isu kepada kegagalan para peminjam gagal membayar hutang PTPTN.

Oleh itu, pihak kerajaan sepatutnya mencari satu mekanisme atau kaedah yang memudahkan para peminjam membayar balik hutang PTPTN.

Memandangkan kita sudah menempuhi era Revolusi Industri 4.0, pihak kerajaan juga perlu membangunkan aplikasi bagi memudahkan pembayaran hutang dijalankan.

Kadangkala, masalah birokrasi dihadapi oleh para peminjam PTPTN apabila mereka terpaksa mengisi pelbagai dokumen dan borang yang menyusahkan mereka.

Secara tidak langsung ini menyebabkan para peminjam PTPTN semakin kurang berminat membayar balik hutang PTPTN disebabkan masalah birokrasi tersebut.

Masalah pengangguran yang dihadapi oleh para siswazah juga menjadi punca utama kenapa para peminjam gagal membayar hutang PTPTN.

Masalah Pengangguran

Pihak kerajaan hendaklah sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah pengangguran dalam kalangan siswazah yang kian meningkat.

Selain itu, cadangan pembayaran mengikut kadar kemampuan mereka bagi siswazah yang menganggur perlu dilakukan supaya mereka dapat membayar hutang mereka kembali.

Kos sara hidup yang tinggi juga menjadi penyebab kegagalan pembayaran hutang PTPTN.

Masalah kos sara hidup juga menyebabkan para peminjam terpaksa menangguhkan hasrat mereka untuk membayar balik kerana terpaksa mempunyai komitmen yang lebih penting.

Hal demikian, pihak kerajaan hendaklah mencari jalan penyelesaian yang memberi kemenangan kepada kedua-dua pihak supaya tidak berlaku timbulnya isu kegagalan bayar hutang PTPTN.

Kerajaan di bawah pimpinan PH juga perlu diingatkan agar menunaikan janji mereka dalam manifesto jika mereka hendak terus kekal memerintah untuk PRU akan datang.

Pada masa yang sama, menjadi tanggungjawab peminjam untuk memastikan mereka membayar hutang berkenaan, selari dengan tuntutan agama dan moral.

Keperluan membayar hutang berkenaan semakin penting kerana langkah berkenaan akan menjamin bahawa pelajar lain akan dapat meraih manfaat daripada tabung berkenaan.

BERITA LAIN

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di

Menyelamat ingatan, menjejak ilmu dan sejarah

SEJARAH bukan sekadar kisah masa lalu. Ia adalah bukti tentang siapa kita, bagaimana keputusan dibuat dan mengapa sesuatu peristiwa berlaku. Namun, sejarah boleh hilang apabila

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi