ARTIKEL

Melati Sarawak angkat warisan Melayu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KISAH cinta penuh konflik, perebutan kasih dan keindahan seni tradisional masyarakat Melayu Sarawak bakal dihidupkan menerusi pementasan teater Melati Sarawak (Versi Tiga Titik Rachun) yang dijadual berlangsung di Panggung Seri, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka, pada 12 Disember depan.

Mengangkat kisah daripada novel lama tulisan Jawi karya Rakawi Mohammad Yusof yang dihasilkan sekitar 1930, pementasan itu mengetengahkan naratif kehidupan masyarakat Melayu Sarawak sekitar 1940, khususnya berkaitan seni persembahan gendang dan pantun.

Kisah berpusat kepada seorang primadona gendang bernama Aminah, yang turut dikenali sebagai Syeh Gendang Melati Sarawak, sehingga menjadi rebutan dua pemuda — Assim dan seorang lagi lelaki yang turut menaruh hati terhadapnya.

Dalam suasana seni bergendang yang berkembang pesat ketika itu, kehadiran Syeh Gendang dalam setiap majlis perkahwinan menjadi tarikan masyarakat.

Istilah membeli kulit kambing kering pula membawa maksud kiasan kepada pertandingan pantun antara pemuda yang saling berbalas kata-kata bagi memikat hati Syeh Gendang.

Namun, persaingan mendapatkan cinta Aminah akhirnya mencetuskan pertembungan yang sukar dielakkan antara kedua-dua pemuda berkenaan, sekali gus membawa penonton menyelami persoalan tentang cinta, pengorbanan, penderitaan dan kesudahan sebuah persaingan.

Menurut nota pengarah, usaha mengangkat novel Melati Sarawak ke pentas teater merupakan perjalanan seni yang mencabar dan telah bermula sejak 2015.

Beliau menjelaskan, karya berkenaan pernah dipentaskan oleh Alahyahram Othman Zainuddin di Kuala Lumpur sekitar 1980-an sebelum beliau sendiri mengangkatnya menerusi Festival Teater Malaysia 2015 di Kuching dengan menggabungkan dua naskhah, iaitu Melati Sarawak dan Krapp’s Last Tape karya Samuel Beckett.

Pengalaman tersebut menjadi asas kepada penghasilan pendekatan baharu yang lebih eksperimental, termasuk elemen teater interaktif dalam versi terbaharu ini.

Menurutnya, Melati Sarawak (Versi Tiga Titik Rachun) bukan sekadar menghidupkan kisah percintaan dan seni gendang, sebaliknya menjadi wadah untuk mengangkat ragam budi, nilai budaya serta identiti masyarakat Melayu Sarawak yang wajar dipelihara.

Beliau berharap pementasan itu dapat memperluas naratif warisan Melayu Sarawak agar terus dikenali generasi muda, khususnya dalam menghadapi arus digitalisasi.

Sepanjang perjalanan seninya, karya itu turut dipentaskan di beberapa platform termasuk Festival Seni Antarabangsa Johor Bahru 2017; KFestival Seni Kepelbagaian Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 dan Festival Sastera Georgetown 2022.

Pementasan pada 12 Disember depan bermula 8.30 malam dan menjadi peluang kepada penonton menghayati sebuah karya sastera lama yang diolah melalui pendekatan teater kontemporari.

BERITA LAIN

MARAPATI angkat legenda Santubong

Legenda Santubong bakal kembali menggegarkan pentas seni Sarawak menerusi pementasan teater muzikal epik MARAPATI yang tampil dengan pendekatan kreatif menggabungkan lakonan pentas, elemen sinematik dan

Akim, Stacy sedia cipta memori baharu

Penyanyi popular Akim Ahmad meluahkan rasa teruja dan bersyukur apabila diberikan peluang menyertai Gegar Vaganza Fantasia (GVF) 2026, sekali gus mencipta kenangan baharu bersama-sama barisan

BERITA TERBARU

Buli bukan gurauan

BARU-BARU ini, tular rakaman tiga pelajar lelaki 15 tahun berhubung dakwaan buli membabitkan mangsa berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah. Dalam rakaman tersebut, mangsa

Kuching City FC Menang Mudah

KUCHING: Kuching City FC meneruskan rentak cemerlang dalam Liga Super 2026/2027 apabila menundukkan Negeri Sembilan FC 2-0 pada aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi,