ARTIKEL

Memahami kalam Allah SWT

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Al-quran yang diturunkan oleh Allah SWT melalui Nabi Muhammad SAW merupakan pedoman buat kita bersama.

Al-Quran bukan sahaja menjadi kepentingan kita belajar membacanya dengan penuh tartil atau bertajwid serta menghafalnya, namun ia juga harus dipelajari setiap kalimah yang mempunyai maksudnya di sebalik kata-kata yang tercatat dalam al-Quran.

Kalam Allah SWT iaitu al-Quran merupakan satu kitab yang mempunyai penuh rahsia keistimewaan padanya yang masih lagi dikaji dan diteliti oleh cendiakawan dalam kalangan umat Islam sendiri, bahkan dalam kalangan mereka yang bukan islam. 

Jikalau kita perhatikan terdapat banyak ayat al-Quran yang menggalakkan manusia agar memahami, menyelidiki serta mentadabbur, sebagaimana firman Allah SWT padanya: “Inilah sebuah kitab yang Kami turunkan kepada kamu dengan penuh berkat supaya mereka memerhatikan ayat-ayatnya (tadabbur) dan supaya orang yang mempunyai akal fikiran mengambil pelajaran daripadanya.” (maksud Sad: 29).

Dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman: “Patutkah mereka (bersikap demikian) tidak mahu memikirkan (mentadabbur) isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu datang bukan dari sisi Allah, nescaya mereka dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.” (maksud an-Nisa: 82).

Perkara sebegini masih lagi kurang diambil perhatian oleh masyarakat dalam memikirkan kepentingan memahami kalam Allah SWT. 

Sikap acuh tak acuh tentang al-Quran bukan perkara yang boleh dianggap perkara biasa, tetapi sikap sebegini boleh menghapuskan masyarakat yang mengambil berat soal memahami al-Quran. 

Sekiranya kita melihat pada usaha para alim ulama menafsirkan al-Quran sehingga berbagai-bagai kitab terhasil daripada usaha itu sendiri, bahkan berjilid-jilid karangan ulama semata-mata mempermudah masyarakat memahami al-Quran.

Implikasi mentadabbur al-Quran sememangnya terlalu banyak sehingga manusia yang sering mendekatkan dirinya terutama dari sudut memahami al-Quran menjumpai terlalu banyak kunci bagi seseorang itu menyelesaikan masalah dalam kehidupan dan kunci mendapatkan kebahagiaan yang kekal abadi.

PENEMUAN YANG ADA DALAM AL-QURAN

Seperti kita nyatakan iaitu al-Quran menjadi satu kitab rujukan para saintis moden dalam mengkaji akan alam itu sendiri. 

Penemuan yang terdapat dalam al-Quran sebagai bukti kebesaran Allah SWT serta menjadi bukti sememangnya al-Quran ialah kitab yang seiringan zaman sehingga akhirnya iaitu kiamat.  

Firman Allah SWT: “Dan sesungguhnya Kami menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;(12) Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;(13) Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku.

lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya.

Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta”. (maksud al-mukminun: 12-14)

Berdasarkan ayat tersebut, ia menjelaskan kepada kita bagaimana penciptaan manusia yang sangat detil dan sempurna padahal pada 1400 tahun yang lalu Nabi Muhammad SAW serta para sahabat tidak memiliki kecanggihan alat dalam mengkaji bagaimana manusia itu dijadikan. 

Bahkan istilah sains juga belum wujud namun kesemua penceritaan ciptaan manusia dapat disusunkan dengan begitu sempurna dan tepat sebagaimana kajian saintis. 

Itu semua menjadi bukti kebesaran Allah SWT dan bukti sememangnya Nabi Muhammad SAW utusan Allah SWT untuk manusia sehingga ke hari ini.

BERITA LAIN

Jambatan mudahkan perjalanan pulang

Setiap kali musim perayaan tiba, perjalanan pulang ke kampung menjadi antara perkara yang paling dinantikan, terutama bagi mereka yang bekerja jauh dari kampung halaman. Namun,

Peperiksaan medan bina diri

Peperiksaan merupakan salah satu perkara penting dalam kehidupan seorang pelajar. Peperiksaan bukan sekadar mengukur sejauh mana seseorang menguasai ilmu yang dipelajari, malah menjadi medan untuk

BERITA TERBARU