ARTIKEL

Karikatur: Ukee

Membaca 10,000 buku

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BERAPA banyak buku yang anda baca sebelum anda menutup mata?

Mampukah anda membaca sehingga 10,000 judul sepanjang hayat? 

Jika anda membaca tiga buku seminggu, bermaksud anda memerlukan masa 64 tahun untuk habis membaca 10,000 judul.

Jika anda membaca sebuah buku sebulan, 12 buku setahun bermakna dalam tempoh 70 tahun anda hanya mampu membaca 840 buku. 

Membaca banyak buku memang bagus.

Semakin banyak anda membaca, semakin banyak yang anda tahu.

Dan sebenarnya anda semakin sedar semakin banyak yang anda tidak tahu.

Tidak banyak orang yang dapat membaca sampai seratus buku setahun.

Seorang yang saya tahu membaca seratus buku setahun ialah Yusuf Mustanir, penulis dan bekas guru dan pengetua yang gigih membaca buku dan akhbar setiap hari. 

Menurut Literary Hub, jika jangka hayat ialah 86 tahun untuk wanita dan 82 tahun untuk lelaki, dan usia membaca sebenar pada 25 tahun, purata buku yang dibaca ialah 735 untuk wanita dan 684 untuk lelaki.

Satu jumlah yang tidak pun boleh dibanggakan. 

Atas perkiraan itu, jika seorang kanak-kanak tujuh tahun mulai membaca pada tahun 2024, ia hanya mampu membaca 770 buku sepanjang hayatnya.

Jika anda berusia 30 tahun ketika ini, anda hanya dapat membaca 500 buku lagi. 

Ya, mengingat sepanjang sejarah peradaban manusia sejak mesin Gutenberg dicipta pada 1440, sekitar 130 juta judul buku telah diterbitkan. 

Pada tahun lepas saja, 2.2 juta buku diterbitkan di seluruh dunia setahun.

Ada yang menganggarkan sampai empat juta buku diterbitkan setahun, dan 1.7 juta ialah swaterbit. 

Dianggarkan 11,000 judul buku diterbitkan sehari, 457 judul sejam, dan lapan judul seminit.  

Hendak menghabiskan semua judul yang diterbitkan di negara ini sebanyak sekitar 22,000 setahun pun, anda pasti tidak mampu, apatah lagi hendak membaca semua buku terbitan dunia.

Bayangkan, dengan hakikat kita hanya ada 24 jam sehari, dan sebahagiannya untuk tidur dan bekerja, masa yang dapat disisihkan untuk membaca adalah sedikit.

Namun, jangan jadikan itu sebagai alasan.

Memang rakyat Malaysia tidak pun berada dalam senarai negara paling atas dari segi jumlah jam tertumpu pada bacaan. 

Kita tidak dapat melawan rakyat India dengan 10 jam 42 minit digunakan untuk membaca seminggu, Thailand 9 jam 24 minit seminggu, China lapan jam seminggu, Filipina 7 jam 36 minit seminggu, serta Mesir selama 7 jam 30 minit seminggu.

Sejujurnya, berapa jam anda tumpukan untuk membaca buku sehari, seminggu dan sebulan? 

Memang berdasarkan pemerhatian, golongan muda lebih banyak menggunakan masa untuk melayari media sosial termasuk TikTok, Facebook dan Instagram.

Masa untuk membaca buku semakin menipis. 

Minat membaca buku yang tinggi di Amerika Syarikat menyebabkan industri buku rancak berkembang di negara Uncle Sam itu. 

Misalnya, pada 2021, sebanyak 826 fizikal dijual.

Pada 2022, hasil daripada jualan buku di AS ialah $9.1 bilion, berbanding $8.6 bilion pada 2020.

Buku kulit keras menyumbang sebanyak $3.2 daripada jualan berkenaan. 

Kita perlu meluangkan waktu untuk membaca.

Membaca asas kejayaan sebagai pelajar dan dalam apa-apa kerjaya.

Jika hendak maju, jangan cari seribu satu alasan untuk tidak membaca.

Cari waktu dan alasan terbaik untuk membaca buku dalam apa-apa keadaan pun. 

Membaca buku berkualiti, tidak kira apa-apa pun genre dan bidangnya sangat penting dalam pengembangan diri dan pemahaman dunia. 

Pertamatama, buku berkualiti memperkaya pengetahuan dan wawasan pembaca. 

Buku menghadirkan informasi yang mendalam dan terperinci tentang pelbagai topik, membantu pembaca memperluas pandangan dan mempelbagaikan perspekif mereka tentang dunia.

Membaca buku berkualiti juga meningkatkan keterampilan bahasa dan literasi seseorang. Ini membantu meningkatkan kemampuan komunikasi, pemikiran kritis, dan analisis. 

Dengan membaca buku yang ditulis dengan baik, pembaca juga belajar menghargai dan memahami penggunaan bahasa yang tepat dan efektif. Buku berkualiti juga dapat menjadi sumber inspirasi dan motivasi.

Buku yang baik sering kali memuatkan kisah-kisah yang menginspirasi, gagasan baharu atau wawasan yang mendalam tentang kehidupan dan manusia.

Hal ini dapat membantu seseorang mengembangkan diri, menemukan tujuan hidup atau bahkan menemukan jalan keluar untuk masalah peribadi.

Membaca buku berkualiti juga membantu meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan.

Mereka dapat memberikan hiburan yang mendalam, mengurangi stres, dan memperkaya pengalaman emosional.

Dengan demikian, membaca buku berkualiti tidak hanya penting untuk pertumbuhan peribadi tetapi juga untuk kesejahteraan mental dan emosi, selain untuk kejayaan hidup dan kerjaya.

Bagi peminat buku, saya percaya bahawa buku sentiasa memberi pengalaman, kearifan, kebijaksanaan dan wawasan.

Yang penting buku yang kita beli, sedapat mungkin cuba dihabiskan bacaannya, dibaca seteliti mungkin.

Jangan sampai seperti Thomas Phillipps, seorang pentaasub buku di United Kingdom yang beranganangan untuk memiliki setiap buku di dunia. 

Tahu apa kesudahannya?

Dia membebankan keluarganya dengan hutang.

Namun, Thomas Phillipps memiliki sekitar 40,000 buku dan 60,000 manuskrip dalam koleksinya.

Dan, dilaporkan, selepas kematiannya pada 1872, buku berkenaan mengambil lebih 100 tahun untuk dihabiskan melalui jualan.

Barangkali kita dapat belajar daripada Chandra Mohan Jain dari segi keghairahan luar biasa minatnya membaca.

Beliau didakwa membaca 150,000 buku sepanjang hayatnya.

Beliau membaca secara konsisten selama 48 tahun, dan ini bermakna beliau membaca purata 3,000 buku setahun.  

Mereka yang berjaya termasuk Elon Musk, Jack Ma, Oprah Winfrey membaca banyak buku.

Tanya juga pemimpin yang berjaya termasuk yang menerajui konglomerat dan syarikat ternama.

Purata jutawan membaca empat buku sebulan dan 52 buku setahun. 

Dengan begitu banyak buku beredar di pasaran, bagaimanakah anda membuat pilihan?

Apakah yang mempengaruhi anda?

Adakah nama besar penulis, tajuk buku, kulit buku, kandungannya, harga atau ulasan yang mengatakan buku itu menarik? 

Buku yang baik perlu sentiasa diburu.

Sebab, meminjam kata-kata Carmine Gallo terbitan 2022 dalam The Bezos BluePrint, buku terbaharu yang saya baca: “Getting the most out of the books you read means reading the books you’ll get the most out of.

• Dato Dr Jeniri Amir ialah penulis buku, peminat buku dan segala-galanya tentang buku.

BERITA LAIN

Kepercayaan memakan diri

DUA hari lalu, polis Saratok mendedahkan seorang wanita warga emas dari Kabong terpedaya oleh seorang bomoh palsu dari Sibu. Terpedaya itu bukan seribu dua, belasan

Jaga data privasi kita

MINGGU lepas, dan sebenarnya banyak minggu, telefon pintar saya memaparkan iklan pelaburan hanya dengan jumlah kecil, tetapi memberikan pulangan lumayan. Bayangkan pelaburan hanya RM500, kita

BERITA TERBARU