ARTIKEL

SEKALI lagi Asean perlu mengajak Thailand dan Kemboja kembali ke meja rund- ingan dan menghormati perjanjian damai yang ditandatangani. – Foto Bernama

Mendamaikan Thai-Kemboja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KETEGANGAN ThailandKemboja bermula apabila dua negara Asean ini saling menuduh berlaku pencerobohan di kawasan sempadan yang dipertikaikan.

Mereka bertelagah berkaitan kedaulatan di beberapa lokasi yang belum ditandakan sepanjang sempadan darat sejauh 817 kilometer selama lebih satu abad.

Pada tahun 2000, kedua-dua negara bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Sempadan Bersama bagi menyelesaikan tuntutan bertindih secara aman, tetapi kemajuan penyelesaian pertikaian terhad.

Tuntutan pemilikan tapak bersejarah mencetuskan ketegangan nasionalis antara kedua-dua negara terutama pada 2003.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menganugerahkan kuil dipertikaikan kepada Kemboja pada 1962, tetapi Thailand terus menuntut kawasan tanah di sekelilingnya.

Ketegangan meningkat pada 2008 apabila Kemboja cuba mendaftar kuil Preah Vihear sebagai tapak Warisan Dunia Unesco.

Sentimen nasionalisme meningkat di Thailand selepas golongan konservatif mempersoalkan rancangan kerajaan berunding dengan Kemboja.

Rundingan itu bagi meneroka bersama sumber tenaga di kawasan maritim yang belum ditanda sempadan – langkah yang boleh menyebabkan Thailand kehilangan Pulau Koh Kood di Teluk Thailand.

Minggu lepas, insiden tembakan, penangkapan dan pembinaan pos kawalan baharu memburukkan keadaan sehingga rundingan awal gagal.

Konflik meningkat menjadi pertempuran terbuka sekian waktu, menjejaskan ekonomi rantau dan aliran perdagangan.

Kedua-dua negara saling menuding melanggar kesepakatan yang dimediasi oleh Malaysia dan AS pada Oktober lepas.

Selaku Pengerusi Asean, Malaysia menawarkan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah rundingan damai dengan memanfaatkan peranan neutral Asean sempena Sidang Kemuncak Asean.

Sebelumnya, perang Thailand-Kamboja pertama meletus lima hari pada Julai lalu menewaskan 48 orang dan memaksa lebih 300,000 jadi pelarian, sebelum perjanjian damai ditandatangani di Kuala Lumpur.

Akibat pertempuran yang pecah semula, jumlah korban meningkat, termasuk anggota tentera dan penduduk kampung yang terperangkap di kawasan pertempuran.

SUKAN SEA

Ketegangan yang belum reda, memberi kesan langsung ke atas temasya Sukan SEA yang berlangsung di Bangkok ketika ini.

Kemboja menarik diri dari Sukan SEA dengan alasan keselamatan atlet, ketidakstabilan logistik serta keutamaan kerajaan menangani pelarian.

Sukan seharusnya dapat jadi ejen penyemai perpaduan, tetapi akibat sengketa, atlet dan acara sukan terkena bahangnya sekali.

Tragedi perang ini mencetuskan tekanan diplomatik baharu dalam Asean, mempersoalkan sama ada Asean benar-benar bersedia menguruskan krisis serantau dan acara besar serentak.

Impaknya, jika dibiarkan berlanjutan, perang tidak lagi hanya menjadi masalah kepada dua negara terlibat; malah ia dapat berubah menjadi krisis serantau yang menyentuh ekonomi, keselamatan, politik dan kesejahteraan rakyat.

Jika tidak dibendung segera, konflik antara dua negara ini boleh membawa kesan meluas ke rantau Asean yang lain.

Perang dapat menyebabkan berlaku gangguan rantaian bekalan, manakala pelabur asing menarik diri. Ketika ketegangan meningkat, pelabur global beralih ke zon yang lebih selamat.

Dikhuatiri, hal ini boleh mengurangkan keyakinan pelabur ke atas pasaran Asean, dapat melemahkan mata wang dan memperlahan pertumbuhan ekonomi.

Sementara itu, walaupun Asean mengamalkan prinsip Zon Aman dan Berkecuali, perang serantau berpotensi menular menjadi isu keselamatan termasuk menyebabkan berlakunya pelarian di kawasan selamat di negara berhampiran.

Sejarah menunjukkan konflik Myanmar menyebabkan berlakunya pelarian Rohingya memasuki Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Dari segi aktiviti ketenteraan, perang berpanjangan boleh mencuit campur tangan asing.

Negara besar seperti AS, China atau Rusia berpotensi meningkatkan kehadiran ketenteraan di Laut China Selatan.

Ketika ini dikatakan AS berpihak kepada Thailand, manakala China didakwa berada di belakang Kemboja.

Kesan lain perang, rakyat menjadi mangsa dengan bertambahnya kemiskinan baharu akibat tekanan ekonomi.

Perang sering memupuk propaganda, polarisasi politik dan sentimen kebencian.

Tekanan terhadap pekerja migran juga boleh berlaku kerana Asean mempunyai lebih 20 juta pekerja migran.

TERJEJAS

Jika perang menjejaskan negara tempat mereka bekerja, jutaan orang boleh hilang kerja dan pulang tanpa pendapatan.

Dari segi politik, perang menguji ketahanan Asean sebagai blok, ini mampu melemahkan suara Asean yang selama ini dianggap bersatu.

Berlakunya perang baharu, Asean mudah dituding sebagai blok yang tidak mampu mengurus krisis serantau.

Campur tangan kuasa besar boleh menyebabkan Asean mudah berpecah, dengan kuasa luar mudah mempengaruhi keputusan politik.

Perang Thailand-Kemboja memasuki skala baharu, apabila jurucakap Angkatan Darat Thailand Mayor Jenderal Winthai Suvaree mengatakan Thailand mulai menggunakan jet tempur untuk menyerang pasaran di Kemboja.

Angkatan Udara Kerajaan Thailand menyatakan sejumlah jet tempur F-16 dikerah membantu unit darat menembak dari jarak dekat.

Manakala, Kemboja melancarkan serangan besar-besaran terhadap tentera Thailand menggunakan peluncur roket multilaras BM-21, dron kamikaze dan mortar.

Thailand mendakwa, operasi tenteranya berjaya melumpuhkan kemampuan pertahanan Kemboja sehingga tingkat yang dianggap mampu meneutralkan ancaman untuk jangka panjang.

Setakat ini, konflik menewaskan sembilan tentera dan tiga warga awam di Thailand.

Sementara itu, di pihak Kamboja sebanyak 10 orang tewas dan 60 cedera.

Perdana Menteri Thailand Anutin Charnivirakul mengatakan negaranya, “tidak pernah ingin melihat kekerasan,” tetapi “tidak akan memberikan pelanggaran kedaulatannya.”

Thailand sebelumnya mendakwa Kemboja melepaskan tembakan lebih dahulu.

Kemboja pula menuduh Thailand yang melancarkan serangan pertama kali. Sudah sekitar 700,000 orang yang terkesan di kedua-dua sempadan dipindahkan ke zon selamat.

Terbaharu pada Sabtu, pertempuran tentera ThailandKemboja berterusan awal pagi, hanya beberapa jam selepas Presiden AS, Donald Trump mendakwa keduadua negara bersetuju melaksanakan gencatan senjata.

Kementerian Pertahanan Kemboja mendakwa dua jet pejuang F-16 Thailand menggugurkan tujuh bom ke atas beberapa sasaran.

Selain Asean, AS dan China harus lebih gigih mengajak dua pihak bersengketa ini kembali ke meja rundingan dan menghormati perjanjian damai yang sudah ditandatangani.

BERITA LAIN

Jaga data privasi kita

MINGGU lepas, dan sebenarnya banyak minggu, telefon pintar saya memaparkan iklan pelaburan hanya dengan jumlah kecil, tetapi memberikan pulangan lumayan. Bayangkan pelaburan hanya RM500, kita

ART pelaburan jangka panjang

BAGI penduduk bandar raya Kuching dan kawasan sekitarnya, perjalanan ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah, menghadiri urusan pejabat atau pulang ke rumah yang memakan masa

BERITA TERBARU

Perkhidmatan feri Batang Paloh ditamatkan

DARO: Pembukaan Jambatan Batang Paloh sepanjang 1.7 kilometer hari ini menamatkan perkhidmatan feri di kawasan berkenaan yang telah beroperasi sejak 2009. Ahli Parlimen Igan, Ahmad