ARTIKEL

Menolak Tumbang 2026: Petinju Sarawak Diseru Turut Serta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA PONTIANAK: Petinju handalan dari serata Sarawak diseru untuk menyertai Kejohanan Tinju (Menolak Tumbang) 2026 yang akan berlangsung di Weng Coffee Mega Mall, Kota Pontianak, Kalimantan Barat pada 25 November depan.

Pengerusi kejohanan, Bapak Dhika memberitahu, kejohanan sehari itu pada dasarnya akan disertai petinju yang mewakili pelbagai kelab serta pengusaha kopi di seluruh Kota Pontianak, Kalimantan Barat.

DAFTAR…Pendaftaran menerusi imbasan tersedia.

“Pada dasarnya kejohanan itu kelak akan disertai petinju dari seluruh Kota Pontianak, Kalimantan Barat.

“Kita turut mengalu-alukan petinju dari Sarawak yang berminat untuk turut serta,” ujar Dhika kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi beliau di talian +62 895-3655-56581

Beliau percaya kemeriahan pasti lebih terasa sepanjang hari kejohanan itu kelak andaikata ada pembabitan petinju dari Sarawak.

“Pelbagai kategori dipertandingkan pada kejohanan itu nanti,” tambah Dhika.

Menurut Dhika, kejohanan terbabit anjuran bersama Weng Coffee dan 11fightcamp dengan kerjasama @bpk2gantenk.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

32,308 Pengunjung Banjiri SCaT Fair 2026

KUCHING: Seramai 32,308 pengunjung menghadiri Pameran Kerjaya dan Latihan Sarawak (SCaT Fair) tahun ini mencerminkan permintaan tinggi terhadap peluang latihan kemahiran dan pekerjaan di Sarawak.