ARTIKEL

Foto Bernama

Mental berfungsi dengan baik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DEFINISI kesihatan secara menyeluruh tidak hanya tertumpu kepada kesihatan fizikal tetapi merangkumi kesihatan mental.

Mengikut takrifan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ia adalah satu keadaan merangkumi kesihatan secara fizikal, mental dan sosial.

Kesihatan mental satu keadaan yang sejahtera dengan seseorang individu itu menyedari tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik, dapat bekerja secara produktif dan mampu menyumbang kepada masyarakat. 

Ini bermaksud, kesihatan mental adalah asas kepada kesejahteraan individu dan kemampuan masyarakat berfungsi secara efektif.

Ia adalah ekspresi emosi dan melambangkan keupayaan untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai tekanan dan tuntutan hidup.

Namun, sejak kebelakangan ini terdapat banyak tumpuan diberikan terhadap kesihatan mental susulan terdapat peningkatan masalah kesihatan mental dan penyakit dari tahun ke tahun.

Didapati, peningkatan yang ketara dalam kadar bunuh diri dan penyakit mental sejak sedekad lalu berpunca daripada tahap kesihatan mental yang lemah. 

Harus diingat terdapat perbezaan yang besar antara kesihatan mental dengan penyakit mental.

Seseorang individu yang normal mungkin tidak mempunyai kesihatan mental yang baik pada setiap masa, tetapi masih lagi berupaya untuk melakukan aktiviti seharian seperti biasa.

Berlainan pula dengan mereka yang mempunyai penyakit mental, dengan fungsi seharian akan terjejas.

Secara umumnya, kesihatan mental menggambarkan tahap kesejahteraan pemikiran dan emosi seseorang individu.

Oleh itu, penting untuk rakyat Malaysia menyedari tentang pentingnya kesedaran terhadap penyakit mental, kepentingan memelihara tahap kesihatan mental yang baik dan mengenal pasti gejala-gejala masalah kesihatan mental yang memerlukan intervensi dan rawatan.

Situasi kesihatan mental apabila seorang individu menyedari potensinya boleh berdaya tindak terhadap stres kehidupan, boleh bekerja dengan produktif dan boleh menyumbang kepada masyarakat.

Ia juga merujuk kepada cara kita berfikir, merasa dan bertindak, selain itu ia juga cara kita menghadapi masalah dan mengatasinya serta cara berinteraksi dengan orang lain. 

Antara simptom masalah kesihatan mental ialah kemurungan, kecelaruan kebimbangan umum, kecelaruan panik, obsesif kompulsif, tekanan selepas trauma dan gangguan tidur. 

Justeru, bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan menjaga kesihatan mental, Hari Kesihatan Mental Sedunia disambut pada 10 Oktober setiap tahun dengan menekankan bahawa kesihatan mental merupakan hak setiap individu tanpa ada pihak yang dipinggirkan. 

Di peringkat global, kemurungan merupakan salah satu daripada penyebab utama ketidakupayaan.

Di Malaysia, trend pemasalahan kesihatan mental menunjukkan peningkatan terutama bagi golongan kanak-kanak dan remaja dengan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) menunjukkan satu dalam empat remaja mengalami gejala kemurungan pada tahun 2022 berbanding satu dalam lima remaja mengalami gejala kemurungan pada tahun 2019.

Oleh itu, hubungan sosial dan rangkaian dengan rakan serta keluarga yang kukuh dan saling menyokong adalah faktor pelindung kepada kesihatan mental.

Dalam hal ini, semua orang perlu mengekalkan komunikasi terbuka dan jujur dengan individu dipercayai supaya sedikit banyak dapat membantu mereka mengurangkan bebanan dihadapi.

Di samping itu, stigma terhadap kesihatan mental dan penyakit mental harus dihapuskan.

Masyarakat tidak harus menghukum dan lebih terbuka membicarakan isu kesihatan mental seperti kemurungan dan tidak menganggapnya sebagai kes-kes terpencil. 

Keseriusan sesetengah kes, terutama yang melibatkan kehilangan nyawa seharusnya memberi isyarat yang jelas untuk semua pihak bertindak.

Marilah kita semua menjadi sebahagian daripada yang membantu mereka yang memerlukan untuk memilih kehidupan, kerana ada harapan dan bantuan yang tersedia.

Sekiranya anda bergelut dengan masalah kesihatan mental berterusan dan serius, langkah terakhir boleh dilakukan adalah dengan tidak teragak-agak mendapatkan bantuan profesional seperti ahli terapi, kaunselor atau pakar psikiatri.

Kesihatan mental adalah hak asasi manusia untuk semua orang.

Sesiapa sahaja dan di mana sahaja manusia berhak untuk mencapai tahap kesihatan mental tertinggi.

BERITA LAIN

Ancaman halus dunia hiburan

HAMPIR semua orang mengakui kesan negatif terhadap akhlak dan tingkah laku dalam kalangan masyarakat akibat filem dan siri yang banyak memaparkan adegan ganas, seks, ekstremisme

BERITA TERBARU