ARTIKEL

Mercure Miri Mural Fest Pemangkin Pembangunan Ekonomi Kreatif Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seni mural memainkan peranan penting dalam merancakkan pembangunan komuniti, menarik pelancong dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi kreatif di Sarawak.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata seni mural bukan sekadar hiasan malah mencerminkan identiti dan aspirasi rakyat.

“Selain itu seni ini juga mampu menyatukan masyarakat, memperkasa komuniti dan menjadikan ruang awam sebagai medan dialog serta pemahaman bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks yang dibaca oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah semasa Mercure Miri Mural Fest & Art Conference ‘Beyond Art: Evolving in 50 Years’ di sini hari ini.

Karim merakam kenangan bersama yang lain dalam Program Mercure Miri Mural Fest & Art Conference ‘Beyond Art: Evolving in 50 Years’ hari ini. (FOTO: UKAS)

Sehubungan itu Abang Johari memuji usaha Mercure City Centre dan EvolveLand Bhd atas penganjuran acara berskala antarabangsa tersebut serta pencapaian Mercure Miri sebagai hotel pertama di Malaysia yang menerima pensijilan Green Key bukti komitmen terhadap kelestarian.

Dalam pada itu beliau turut menyeru semua pihak termasuk pihak berkuasa tempatan, badan pelancongan dan sektor swasta agar terus menyokong seni awam.

“Ini kerana ia adalah sebagai pelaburan jangka panjang yang membina identiti bandar dan masyarakat.

“Oleh itu mari kita bersama-sama memelihara dan menyemarakkan seni awam agar menjadi warisan yang dibanggakan oleh generasi akan datang.

Bertemakan ‘Beyond Art: Evolving in 50 Years’ acara ini menghimpunkan pelukis mural antarabangsa dari United Kingdom, China, Taiwan dan Sarawak dalam satu inisiatif seni awam yang bukan sahaja memperindah bandar malah mengangkat suara komuniti termasuk golongan keperluan khas.

Acara tersebut melibatkan organisasi seperti Empower Special Needs Connection dan Malaysian Care membolehkan individu berkeperluan khas menyumbang kepada penghasilan mural awam yang mana ini satu pendekatan digunakan sebagai inklusif dan berimpak sosial tinggi.

Festival mural berlangsung dari 4 Jun hingga 11 Jun sementara persidangan seni diadakan selama dua hari bermula 13 hingga 14 Jun di Mercure Hotel Miri.

Hadir sama Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

BERITA LAIN

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

Majlis perundingan dicadang pacu pembangunan SDZ

KUCHING: Penubuhan Majlis Perundingan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu (SDZ) dicadangkan bagi menyelaraskan keutamaan pembangunan dan memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan rakyat, selain menggalakkan penyertaan pelbagai

BERITA TERBARU

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu

Hamzah cadang agensi khas urus projek RTP

KUCHING: Sebuah agensi khas dicadangkan bagi menyelaras pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk mempercepat penyiapan projek pembangunan dan memastikan manfaatnya dapat dinikmati rakyat. Ahli