ARTIKEL

A handout picture released by the Egyptian Presidency shows President Abdel Fattah al-Sisi (R) receiving his Brazilian counterpart Luiz Inacio Lula da Silva in Cairo on February 15, 2024. Lula, on his second trip to Egypt and his first during his current term, is due to join an Arab League meeting to discuss the situation in the Gaza Strip, which has been devastated by more than four months of war. (Photo by Egyptian Presidency / AFP) / === RESTRICTED TO EDITORIAL USE - MANDATORY CREDIT "AFP PHOTO / HO / EGYPTIAN PRESIDENCY' - NO MARKETING NO ADVERTISING CAMPAIGNS - DISTRIBUTED AS A SERVICE TO CLIENTS ==

Mesir tolak penempatan penduduk Palestin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KAHERAH: Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi pada Sabtu dengan tegas menolak sebarang penempatan warga Palestin ke negara itu, satu pendirian yang disokong oleh masyarakat antarabangsa, menurut kenyataan oleh pejabat presiden Mesir.

Agensi Anadolu melaporkan bahawa el-Sisi menerima panggilan telefon daripada Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Menurut kenyataan pejabat presiden, el-Sisi menerima gesaan untuk membincangkan usaha berterusan bertujuan mencapai gencatan senjata di Semenanjung Gaza, bertukar tawanan dan menyampaikan bantuan kemanusiaan.

Kedua-dua pemimpin itu mengkaji perkembangan semasa dan menekankan keperluan bagi pihak berkaitan untuk bekerjasama dalam memastikan kemajuan yang menghentikan pertumpahan darah dan mengurangkan penderitaan manusia di Semenanjung Gaza.

Kedua-dua pihak menekankan kepentingan untuk meneruskan penyelesaian dua negara dan mewujudkan Negara Palestin merdeka, sebagai satu-satunya cara untuk merealisasikan keselamatan sebenar dan kestabilan berterusan di rantau ini.

El-Sisi dan Macron juga menegaskan bahaya peningkatan aktiviti ketenteraan di Rafah, dengan mengingatkan kesan kemanusiaan yang teruk terhadap hampir 1.5 juta penduduk Palestin di kawasan itu.

Mereka juga mengingatkan bahaya meluasnya konflik itu pada peringkat serantau dan keperluan untuk menyegerakan usaha gencatan senjata dan kesejahteraan serantau. – Bernama

BERITA LAIN

PBB China sokong Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan

OJ Simpson meninggal dunia pada usia 76 tahun

OJ Simpson sudah meninggal akibat kanser pada usia 76 tahun, kata keluarganya. Menurut mereka dalam satu kenyataan: “Pada 10 April lepas, bapa kami, Orenthal James

Festival Air Sedunia Maha Songkran bermula di Thailand

Bangkok, Thailand: Kerajaan Thailand semalam melancarkan Festival Air Sedunia Maha Songkran 2024 bagi mempamerkan pelbagai tradisi negara itu sempena Songkran atau permulaan Tahun Baharu Thailand yang disambut setiap

BERITA TERBARU