ARTIKEL

MESYUARAT... John Ilus (dua dari kanan) bersama sebahagian Exco FAS pada mesyuarat berkenaan.

Mesyuarat khas bola sepak wanita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) merancang pelbagai program pembangunan bola sepak wanita bagi membuka lebih banyak peluang kepada bakat baharu di Sarawak.

Perancangan itu dibincangkan menerusi Mesyuarat Khas Perancangan dan Program Pembangunan Bola Sepak Wanita FAS yang diadakan hari ini.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Semuja, John Ilus.

Antara perkara dibincangkan ialah penetapan lokasi dan tarikh pertandingan serta aktiviti pembangunan yang bakal dilaksanakan.

Hadir sama Naib Presiden FAS, MD Haiqal Abdullah; Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Akar Umbi (JKTPAU) FAS, Haji Khairulddin Qalam Daud serta beberapa wakil badan induk berkenaan.

Usaha itu diharap dapat merancakkan semula pembangunan bola sepak wanita di Sarawak, selain menyediakan platform kepada bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

BERITA LAIN

Safawi nafi sengaja tinggalkan kem Harimau Malaya

KUCHING: Pemain Kuching City FC, Safawi Rasid menegaskan beliau tidak pernah menolak panggilan skuad kebangsaan sepanjang kariernya, susulan tindakannya meninggalkan kem latihan Harimau Malaya di

BERITA TERBARU

Tanah terbiar berpotensi jana pendapatan melalui karbon

SARIKEI: Tanah yang belum dibangunkan di Sarawak berpotensi menjana pendapatan baharu kepada pemiliknya menerusi perdagangan karbon, khususnya kawasan yang sudah disukat tetapi belum diusahakan. Timbalan

Pendidikan awal bentuk asas kecemerlangan kanak-kanak

DEBAK: Pendidikan awal bukan sekadar persediaan ke alam persekolahan, malah menjadi asas pembentukan intelektual, sahsiah dan keyakinan diri kanak-kanak. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan