ARTIKEL

Mesyuarat Majlis Raja-Raja bincang pelantikan pengerusi SPA, SPR dan Profesor Diraja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 yang diadakan di Istana Negara selama dua hari bermula semalam antara lain membincangkan mengenai pelantikan Pengerusi dan Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Profesor Diraja.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara lain yang turut dibincangkan dalam mesyuarat itu ialah cadangan dasar baharu pindaan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan berhubung perkara kewarganegaraan.
Kenyataan itu memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah berkenan berangkat hadir pada hari kedua mesyuarat yang berlangsung hari ini, diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Majlis telah disembahkan taklimat terkini mengenai keselamatan negara oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan mengenai pertahanan negara oleh Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Mohammad Ab Rahman,” menurut kenyataan itu.
Mesyuarat itu dipengerusikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Turut berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 itu ialah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim (hari pertama),  Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail (hari kedua).
Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah turut berangkat ke mesyuarat berkenaan.
– Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan